05 April 2010

Kek Coklat

Bahan2:
185gm mentega
250gm gula kastor
6gm serbuk koko
250ml susu cair
3 biji telur
240gm tepung }
1 sudu teh serbuk penaik } ayak bersama
1 sudu teh soda bikarbonat }

Cara-caranya:-
- pukul gula dan mentega hingga lembut dan gebu
- masukkan telur sebiji demi sebiji. Adun hingga rata
- masukkan separuh susu cair ke dalam adunan dan gaul rata
- sementara itu bancuh serbuk koko dengan lebih susu cair tadi dan pastikan adunan koko larut dan tidak bergentel
- masukkan tepung dan adunan koko secara berselang seli
- gaulkan hingga sebati
- masukkan kedalam tin pembakar dan bakar pada suhu 180c selama 45 minit
- sejukkan sebelum dihias dengan krim coklat (jika suka)
~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com