Untuk para suami/bakal suami
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. Seeloknya
bahagikan sama rata, isteri bayar bil air, suami bayar bil elektrik.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat
di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang
diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda
lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama
suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari
awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak
anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam ular sawa. Ada
juga isteri baru buka lampin anak, suami dah muntah bagai nak rak sebab
tak tahan tengok/bau tahi anak.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax macam
tokey besar sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut
berlari masuk dapur, memasak,mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan, goyang kaki.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk
isteri. Jangan bedal semua, sampai turn isteri yang tinggal ekor ikan
sekerat, ayam licin..tinggal tulang, janggut sotong, ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,
kalau boleh sehari-dua in advanced. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi
maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu
especially perut. Banyak suami yang perut jalan dulu…
10. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma
main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
11. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga … rezeki tak masuk nanti…
12. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan
ni, semakin suami *degil* tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia
rela nak tolong.
13. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor (bini bukannya bukak kedai dobi), dah cungkil
gigi, buanglah dalam bakul sampah (jangan nak berjimat sangat, kedai
mamak jual murah je), bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya,
dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal.Susah sangat ke
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? Ni semuanya Kemahiran Hidup
ni!
14. Kalau keluar berjalan, biarlah seiringan. Ada suami yang jalan
dulu, sebab isteri lembab sangat. Awak tu bukannya bujang lagi, jangan
nak eksyen lebih.
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Kami pun
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh.Kalau isteri awak yang buat tentu awak tak boleh tolerate jadi
mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau kita sakit atau nazak
nanti, siapa yang akan jaga kita?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor
Tunjuklah anda mengambil
berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri dah
nazak pun tak perasan.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum
tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan tapi ini di dengar dari
seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. Jangan
buat tak hirau kalau isteri merajuk atau berkecil hati Kalau perlu minta
maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni
sensitif.Kalau suami tak ambil kisah , perasaan isteri bagai
dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi
kanser kepada isteri
.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap
masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau isteri/bakal pakat mogok, awak juga yang rugi! eheeee....
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..
No comments:
Post a Comment