So awal pagi lagi Mr Hubby dah bising suh siapkan anak2, padahala wife dia ne ngantuk abis, sekarang ne tiap malam tak nyenyak tido, maklumkah dah ada baby kecik, eheee... Tak sangkakan dah tua2 mcm ne (tua ke??? baru je sweet 35, ahakss...) ada lagi baby, Alhamdulillah rezeki Tuhan, Aima bersyukur sangat2 atas semua pemberian Allah s.w.t. ini...
Mr Hubby kata pukul 8.00 jalan, anak2 apa lagi tentulah syok sakan. Seawal jam 6.30 dah bangun, mandi n siap2. Punyalah teruja. Baby kecik, yang di panggil 'adik' pun Aima nak bawak sekali, sian gak asyik terperap kat umah je, sekali sekala apa salahnya jalan2 cari makan. Pukul 7.30 anak2 dah bising tanya pukul brapa nak jalan. demi tak menghampakan anak2 sebelum pukul 8 dah bertolak dari umah (mcm lah nak berjalan jauh sangat, eheee...)
Yang nampak sangat teruja adalah baby kecik Aima, adik. asyik tengok kiri kanan je sambil tangan tak reti diam. Kakak n abang2 pulak asyik bergaduh je kat tempat duduk belakang. Sorang2 tak nak mengalah, nampak gayanya lepas ne kenalah Mr Hubby tukar kereta yang lg besar, kereta 7 seater pun dorang boleh gaduh berebut nak duduk kat mana, kena beli van mcm ne, aduhaiii!!!!
Ngidam nak makan durian punya pasal sampai ulu tutong kami redah, sambil2 tu boleh cuci mata n minda yg dah berserabut ne. Punyalah jauh perjalanan, at last beli durian kat pekan tutong gak, eheeee... Dapatlah beli durian kuning seikat $12.00, kira murahlah tu daripada tempat lain. Dah dapat durian anak2 pulak bising nak teruskan jalan2 cari makan. So redah je lah kampung2 yg ada sambil tengok mana tahu ada sayur kampung yg nak di beli.
Dalam perjalanan balik, singgah sebentar kat umah mertua sambil tengok2 apa yg sis in law jual hari ne, kot2 dapat durian ngan harga murah, eheeee.... Tengok kat gerai sis in law, wow ada durian 'pulu' lah, feberet Mr Hubby. So belilah seikat, dorang bagi harga murah je, $15.00 seikat, tak rugi beli tau, besar2 buah dia.
Dah tengahari anak2 pun bising nak balik. Sorang kata dah tak sabar nak makan durian. sorang kata nak main games, sorang kata nak tengok kartun, sorang pulak asyik tido je dalam kereta, ahaaa...Sampai je umah apa lagi kakak pun terus masuk dapur siap sedia ngan mangkuk, dah tak sabar nak makan durian feberet dia, eheee.... ermmmm...memang tak rugilah beli. semua lunak n yummyyyyy.... papai
No comments:
Post a Comment