10 February 2012

Jenis Darah Dan Personaliti


Ada beberapa jenis darah yang terdapat di badan manusia di bumi ini.  Dan setiap orang yang mengalir darah jenis A, B, AB dan O mempunyai personaliti tersendiri.  Artikel ini Aima dapat dari tenet juga, sekadar untuk perkongsian,tapi jangalah dipercayai sangat, sekadar untuk info bersama kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya.


Darah Jenis A

Sikap Positif:
~ Mementingkan adat dan budaya.
~ Menepati masa
~ Mudah bergaul
~ Tidak suka menjadi seorang yang 'perfectionist'
~  Tahap kesabaran tinggi.

Sikap Negatif:
~ Mudah obses pada sesuatu benda.
~ Degil, keras kepala, mudah marah-marah

Dikatakan :  Golongan ini amat mudah bertimbangrasa terhadap orang lain, amat berahsia, dan setia.
Darah Jenis B
Sikap Positif:
~ Menyayangi binatang.
~  Kreatif dan mudah
~ Fleksibel dalam kehidupan atau perhubungan
~ Optimistik (berfikiran positif) tapi kadang-kadang bersifat individualistik (pentingkan diri)
~ Sangat penyayang.

Sikap Negatif:
~ Pelupa dan kadang-kadang pentingkan diri.
~ Sukar untuk memikul tanggungjawab

Dikatakan :  Golongan ini amat berdikari, selalu fikirkan apa yang orang lain akan fikirkan terhadap diri mereka. Sukar untuk dijadikan pasangan yang baik kerana mereka suka bertukar-tukar
pasangan. Kadang-kadang berfikiran sempit dan sedikit malas. Tahap kesabaran mereka agak
rendah.

Darah Jenis AB
Sikap Positif:
~ Rasional dalam membuat keputusan.
~  'Cool' dan mudah memahami perasaan orang lain
~  Mudah bergaul dan agak terkawal dalam perhubungan.

Sikap Negatif:
~ Kadang-kadang suka mengasingkan diri
~ Sukar untuk membuat keputusan
~ Berfikiran terlalu kritis dan sukar untuk memaafkan orang.

Dikatakan :  Golongan ini berfikir menggunakan akal bukannya dipengaruhi hati dan perasaan semata-mata.   Sukar untuk mengagak apa yang mereka fikirkan dan amat pandai menggunakan wang. Amat  bagus sebagai pengantara dan sukakan keharmonian dengan rakan-rakan sepejabat walaupun adakalanya suka memencilkan diri sendiri. Ada juga segolongan yang suka bermuka-muka dan dipercayai.
Darah Jenis O
Sikap Positif:
~ Teguh pendiriannya.
~  Bercita-cita tinggi
~  Sukakan cabaran dan berkeyakinan tinggi

Sikap Negatif:
~ Kadang-kadang suka melakukan perkara yang sia-sia.
~ Mudah sombong, tidak pentingkan perasaan orang lain dan kadang-kadang boleh bersikap kejam terhadap orang lain.

Dikatakan :  Golongan ini boleh menjadi ketua yang baik dan dihormati. Pejuang yang sangat bagus, mudah
bergaul dan penyayang. Tapi kelakuan mereka yang suka untuk menang akan menyebabkan orang di sekeliling berasa bosan terhadap mereka. Sanggup menghadapi cabaran tanpa perlu memikirkan risiko atau akibatnya.

So korang tergolong  dari darah jenis apa?  F Aima kan jika diteliti, ermmm ada gak yang betul, eheee... tapi banyak yang salah daripada betul.  Ye lah kan dah nama tafsiran, mana ada yang 100% ngam.  Mana yang betul tu ok lah tuk buat hati ne kembang sikit, ahaaa.... Mana yang tak ngam tu, bolayan je lah ye..


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com