1 cawan tepung gandum
1 sudu besar mentega - cairkan
air secukupnya untuk menguli
secubit garam masukkan kedlm air
Cara2nya:
-masukkan mentega ke dalam tepung dan ramas hingga rata
-kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam, uli sehingga menjadi doh dan diamkan beberapa minit
Inti Daging:
ubi kentang dipotong dadu
daging cincang secukupnya
rempah kari daging + sedikit rempah kunyit
1 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
sedikit halia
gula
garam
daun kari jika suka
Cara2nya:
- Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga kekuningan.
- Masukkan rempah kari yang dicampur dengan sedikit serbuk kunyit, masak hingga pecah minyak.
- Masukkan daging dan kentang dan kacau sehingga empuk.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan sejuk sebelum mengisi kedalam kulit karipap
Tips: Goreng dengan minyak yang banyak (goreng terendam) dan api perlahan. Boleh juga di frozen. Biasanya Aima buat banyak dan simpan dalam freezer, bila nak masak defrost dulu dalam micro atau biarkan di luar hingga lembut sikit baru di goreng. Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment