1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan
oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai
perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi
seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan
menundukkan suami dalam segala hal.
2. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang
kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri
dan apa-apa kebencian ditinggalkan.
3. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau
tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini
semua berdosa serta membuang wang dan membazir.
4. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau
memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi
memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin
membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji
atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat
suami.
5. Hendaklah menyediakan makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah
hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau
disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.
Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri,
InsyaAllah rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam
aman damai selalu.
No comments:
Post a Comment