Salam tengah hari semua. Tak terasa Khamis datang lagi, cepatnya masa berlalu kan..Hari ini hari yang memenatkan jiwa dan raga, hari yang mencabar kesabaran Aima sebagai ibu, isteri dan wanita. Terasa lemah longlai jiwa dan perasaaan. Memang menguji kesabaran dan kekuatan iman. Jika tak sabar memang meletup jadinya. Dah nasib seorang perempuan agaknya kan, dengan bermacam-macam masalah yang menimpa, berbagai-bagai dugaan yang mendatang, dan Alhamdulillah masih di beri kekuatan untuk menghadapi semua ini, Alhamdulillah. Penat dan mengantuk sejak anak kecik sakit terasa hilang begitu saja bila hati dah mula di penuhi amarah dan kesal. Sedari bangun dari tidur dah datang dugaan dan ujian. balik lunch pun dugaan datang lagi malah lebih hebat dari ujian pagi tadi. Bila tak di sabarkan hati memang pecah dada di buatnya. Tapi takpelah sebagai manusia Aima percaya di sebalik semua ini tentu ada hikmah yang tersembunyi. Sabarlah wahai hati...
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..
No comments:
Post a Comment