Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk
masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan
sebagainya, kita hendaklah tahu kegunaan dan kesesuaian gula itu dengan produk
yang hendak kita hasilkan.
1. Gula pasir (coarse sugar)
Jenis ini adalah yang paling mudah didapati. Ia bewarna
putih dan butir-butir gula agak kasar. Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti
membancuh minuman dan membuat kuih-muih. Jika anda hendak membuat gula hangus
untuk puding atau kek,cairkan gula pasir ini diatas api yang sederhana hingga
gula cair dan keperangan,kemudian baru dimasukkan air dan kacau hingga cair.
2. Gula halus (fine granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat
kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama
mentega ataupun dipukul bersama telur.
3. Gula kastor (castor sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal
untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih
halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau
telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.
4. Gula aising (icing sugar/confectioners
sugar)
Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih.
Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung.
Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan
biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit
keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat
fondant atau pes gula (sugarpaste).
5. Gula perang (brown sugar)
Terbahagi kepada dua jenis iaitu light/dark brown.Biasanya
warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang
ini selalunya kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih halus dan mudah
dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat
biskut seperti cip coklat,biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang
memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
6. Gula merah/gula melaka/gula kabung
Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih
tempatan seperti kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula
merah biasanya berpasir.Setelah melarutkan dalam air panas, ia hendaklah
ditapis bagi membuang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan
memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap dari gula
merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.
7. Sirap emas (golden syrup)
Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus
tetapi tidak sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan dari
pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut, kek
atau pencuci mulut.
8. Gula hitam (treacle @molasses)
Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna
gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan
pencuci mulut ala barat.
9. Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)
Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk
memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat
sendiri sirap gula.
No comments:
Post a Comment