Tepung yang biasa kita gunakan ada bermacam-macam. Jika salah guna atau salah bancuh, tak jadilah jawapnya, eheeee... Ini Aima share kan jenis-jenis tepung untuk pengetahuan kita bersama..
1. Tepung Gandum Serbaguna (All
Purpose Flour)
Tepung ini
paling mudah didapati di pasaran. Ia sesuai untuk membuat pelbagai jenis
kuih-muih, roti, pastri ,kek atau biskut. Tepung ini adalah tepung protin
sederhana dan kandungan protinnya adalah 9 - 10.5 %.
2. Tepung Protin Tinggi
Tepung ini juga dikenali sebagai tepung roti dan ia amat sesuai untuk membuat roti dan produk-produk pastri. Kandungan protin adalah tinggi iaitu 12.6 - 13.6 % .Gluten yang terhasil apabila tepung ini diuli memberi kekenyalan kepada roti.
3. Tepung Pau
Tepung ini sesuai untuk membuat pau kerana sangat cerah dan putih. Pau juga akan menjadi lembut dan halus. Kandungan protinnya ialah 9.5 - 10.5 %.
4. Tepung Kek
Ia juga dikenali sebagai tepung superfine . Tepung ini jenis rendah protin dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis kek dan pastri.
5. Tepung Ros Merah (Red Rose Flour)
Tepung ini mengandungi sedikit tepung jagung dan bahan perangup biskut. Oleh itu ia sangat sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut.
6. Tepung Hong Kong
Tepung ini juga dikenali sebagai 'water lily flour' dan ia sangat putih. Ia sesuai untuk membuat kek lapis dan menjadikan kek lembut.
7. Tepung Hoen Kwee
Tepung ini diperbuat dari sejenis kacang dan sering digunakan untuk membuat kuih-muih terutama di Indonesia. Ia boleh didapati dalam peket-peket kecil seberat 85 gm dan terdapat dalam pelbagai warna seperti kuning, putih, hijau dan merah.
8. Tepung Naik Sendiri (Self-Raising Flour)
Tepung ini adalah sejenis tepung kek dan ia telah mengandungi serbuk penaik dan soda bikarbonat dalam kadar yang tertentu. Jika anda menggunakan tepung ini untuk membuat kek, tidak perlulah menambah serbuk penaik dalam resepi anda.
Lain-lain jenis tepung yang biasa kita gunakan adalah tepung kastad, tepung jagung, tepung ubi, tepung beras, tepung pulut, tepung susu dan lain-lain yang digunakan hanya sedikit sahaja. Oleh itu, pastikan anda menggunakan tepung yang betul agar hasil produk tersebut memuaskan hati anda.

No comments:
Post a Comment