1) Sempatkan diri anda menyapa suami ketika anda atau dia mahu ke
pejabat atau hubunginya melalui telefon di pejabatnya dan katakan bahawa
anda akan merinduinya sepanjang hari itu. Ciuman kasih juga boleh
diberikan kepada suami sebelum dia melangkah ke tempat kerja.
2) Ungkapkan rasa cinta anda dengan pelbagai cara unik. Misalnya,
kirimkan pesan cinta singkat melalui SMS di telefon bimbit atau emelnya.
Atau, selitkan pesanan “Selamat makan, sayang” dalam bekalan makanan
tengaharinya jika anda membekalkan makanan tengahari dari rumah untuk
suami.
3) Sesekali, buat janji makan tengahari bersamanya secara spontan.
Ajak dia ke restoran tempat pertama kali anda makan berdua ketika
bercinta dahulu (kalau tempat itu masih di daerah tempat anda tinggal
sekarang).
4) Biarkan dia membantu pekerjaan anda. Jangan lupa ucapkan terima kasih setelah itu, lalu pujilah usahanya membantu anda.
5) Sesekali ajak dia menonton wayang di pawagam. Biarkan dia yang
menentukan filem apa yang mahu ditonton. Memberi pujian dengan
mengatakan bahawa dia pun sehebat hero dalam filem itu. Sebutkan
beberapa kebaikannya yang membuat anda sangat menyintai dan
menyayanginya, walaupun mungkin wajahnya tidak sekacak hero dalam filem
yang anda tonton itu.
6) Jika dia merancang mahu menonton siaran langsung sukan
kegemarannya di kaca TV pada tengah malam, sediakan makanan ringan
kesukaannya. Esok pagi, tanyakan berapa gol atau skor yang diperoleh
oleh pasukan kesukaan. Biar suami menyedari sikap prihatin anda
terhadapnya atau sekurang-kurangnya dia dapat merasakan betapa anda
begitu menghargainya.
7) Tidak perlu menunggu hari ulang tahunnya untuk memberikan hadiah.
Berikan kejutan berupa hadiah-hadiah kecil seperti aksesori kereta, tali
leher atau kaset penyanyi atau group band kegemarannya.
8) Tertawalah ketika mendengar gurauannya, atau menyanyilah bersamanya biarpun suaranya terdengar sumbang.
9) Berusahalah bergaul dengan para sahabatnya. Anggap dia seperti
teman anda sendiri. Jika mereka menceritakan kisah nostalgia masa lalu,
dengarkan bersungguh-sungguh, meskipun anda sudah mendengar
cerita-cerita itu.
10) Simpan gambarnya di dompet anda.
Sumber: Mingguan Wanita
No comments:
Post a Comment