Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang
solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”
Riwayat Ibnu Hibban
Huraian:
Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:
Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:
a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra
dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran
dengan baik dan tenang.
c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat
selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin
keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh
bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling
mengambil berat di antara satu sama lain.
d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.
Antara tabiat buruk yang mengancam
kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta
dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam
al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.
Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.
No comments:
Post a Comment