Salam Isnin.. Cuti time, eheee... Hari ne hari cuti bagi Aima. Tapi bukan cuti suka-suka tapi cuti sakit, uhuuu.. Dari kemarin lagi kepala dah nyut-nyutt semacam. Rasa macam ada yang bergantung kat tengkuk, takkan hantu macam dalam movie kot. Dari bangun tido pagi tadi dah rasa bermacam-macam, antaranya malas nak masuk ofis (memang salu malas pun, ahaaa...) malas nak masak (nak makan kat resto r...) malas nak bangun tido (best woo hug bantal bucuk n tarik simut, tapi adik awal subuh dah bangun r. Awal-awal dah tarik rambut, tarik idung nak suh mama dia bangun.. Bertuah punya anak kan pandai kejutkan mama dia tuk sembahyang subuh, eheee...) Tapi dalam malas-malas pun kena bangun awal jugak, nak prepare bekpes tuk Mr Hubby yang baru abis shift pagi, tuk anak-anak yang nak pi skolah, nak hantar anak skolah lagi, fuhhh!!!! Tapi takpe demi keluarga ku yang tercinta apa pun rintangan dan halangan akan ku tempuhi, cewahhh!!! ahaaaa....
Lepas hantar anak skolah, kepala buat hal lagi. Rasa berat n kat tengkuk rasa sakit sangat. Aima dapat rasa tentu darah naik lagi ne. Dah lama tak muncul berani pulak kau datang lagi ye, uhuuu...Baru je nak lentokkan kepala kat sofa Miss Boss dah sms tanya sal keje, aduiii!!! Baru je nak plan nak pi klinik nak amik MC. Tak sempat nak reply sms, Miss Boss col pulak, macam tau je orang nak ponteng kan...Ini bukan main-main bos, ini sakit betul-betul bos, kang pengsan kat opis kang fikir pulak caner nak angkat, caner nak bayar insuran, eheee....
Dah tau orang sakit tetap gak suruh masuk opis jap, mentang-mentanglah jarak opis ngan rumah tak jauh. Dah lah kepala cam kena ikat ngan batu, perut lak rasa cam kena putar-putar je, tekak lak cam kena jolok-jolok, uwekkkk sana uwekk sini cam orang preggy lah pulak.. Ikut kan hati memang malas nak masuk opis tapi bila Miss Boss dah janji suh datang jap je n pas tu boleh balik n rehat kat rumah, ok lah daripada di paksa keje pai petang.
Baru je masuk opis, tekak dah buat hal, terpaksalah dengan selamabanya berlari masuk toilet n kuarkan apa yang nak kuar dari tekak tu. Kawan-kawan pun ngan muka heran n muka seposen tanya, 'ada baby kot' ahaaa....ada-ada je. Tengok Aima dah lembik semacam n suara pun macam orang nak nangis, Miss Boss cakap, balik lah rehat banyak-banyak kat rumah (yessssss!!!!) eheeee....
Ingatkan nak rehat kat rumah tapi tau lah kaum hawa ne mana boleh duduk diam, banyak benda nak dibuat. Tapi bila muka dah pucat semacam, kepala bagai round the world dan kaki bagai tak jejak tanah, barulah repot kat insan tersayang. Mr Hubby paksa awal tu jugak pi klinik. Sayang gak Mr Hubby kat wife dia ne ek =) Dah jumpa Mr Doct n sesi soal jawab pun bermula. Dah tau symptom yang ada, terus mr Doct cakap, 'Tentu lu punya BP naik. Meh saya cek dulu'
Yang kelakarnya Mr Doct ne jap2 tengok Aima jap2 tengok BP reading sambil geleng2 kepala, ayoooo!!! Siap cek Mr Doct cakap "Lu punya BP banyak tinggi wooo. 160/80 leyy..Lu tak cukup titun ka?' ayoyooo...patotlah rasa berat bertan-tan. memanglah tak cukup titun Mr Doct, dah namanya ada baby, bangun 4-5x dari malam ke subuh tu kira normal lah, tido tak tentu masa memanglah tak boleh nak elak. So Mr Doct bagi ubat kurangkan darah tinggi n MC 2 hari (Alhamdulilah..) n suh tido serta rehat banyak2, boleh ke??? Canerlah nak rehat bila anak-anak Aima ne kan, sikit2 'mama..mama...' anak mama lah katakan, eheee....
K lah olz, Aima nak rehat jap, nak lelapkan mata dulu (tu pun kalau boleh) sementara anak-anak sekolah n yang dua orang tengok tv kat luar.. Doakan Aima cepat sembuh ye. Sebenarnya sedegil2 Aima ne tetap gak takut ngan semua ne. Dah terbayang-bayang kat fikiran f Aima mati sape lah yang jaga anak-anak Aima yang 4 orang ne. Dapat ke Mr Hubby survive sorang diri tanpa Aima di sisi, uhuuu...Dan yang paling tak dapat Aima bayangkan bila anak-anak dapat dot.dot.dot...baru, malas lah nak sebut, takut jadi macam bawang putih bawang merah tu, uhuuu...
"Ya Allah panjangkanlah umurku, sihatkanlah tubuh badanku, kuatkanlah hatiku menghadapi semua ini. Berilah aku peluang tuk berbakti kepada orangtuaku dengan membalas budi dan jasa mereka yang telah melahirkan dan membesarkan aku sedari kecil sehingga sekarang ini..Aku ingin menjaga dan menggembirakan mereka Ya Allah. Berilah aku peluang membesarkan anak-anak ku dengan kedua tanganku sendiri, dengan titik peluh dan kudrat ku. Berilah aku peluang melihat anak-anak ku membesar dengan baik, sempurna dan melihat anak-anak ku berjaya dalah hidup. Berilah aku peluang tuk membantu suamiku membesarkan anak-anak kami bersama-sama. Ya Allah hanya Engkau yang tahu betapa aku sangat menyayangi bahkan menyintai suami dan anak-anak ku, demi mereka aku rela berkorban apa saja Ya Allah. Ampunilah semua dosa-dosa yang telah aku lakukan Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat. Segala puji dan Syukur hanya untuk Mu Ya Allah..Amin Ya Rabbal Alamin...
No comments:
Post a Comment