28 May 2012

~Pengalaman Naik Ambulans~

 
Salam Isnin olz.. Hari ne Aima nak share pengalaman pertama dan kalau boleh biarlah ianya juga yang terakhir, uhuuuu...N3 sebelum ne kan Aima ada kata dugaan demi dugaan yang Aima dan keluarga lalui, kadang rasa nak meraung sambil hentak-hentak kaki pun ada, tapi bila di fikir semula, ini semua dugaan dari Allah Yang Maha Kuasa, Allah takkan menduga hambaNya lebih dari kemampuannya, barulah sejuk sikit rasa hati..   Dan Aima percaya ada kebaikkan yang tersembunyi di sebalik semua dugaan ini..
Sejak awal tahun lagi Aima berhadapan berbagai-bagai dugaan dan cabaran dalam hidup dan Syukur Alhamdulillah Aima n Mr Hubby dapat mengatasinya dan bersabar dengan apa yang terjadi.  Kadang bila di fikirkan semula semua ini ada kebaikkannya juga, ada rahmat yang tersembunyi dan Aima bersyukur sangat kerana dengan cubaan ini Aima sedar dari kealpaan dan kelalaian duniawi. Syukran...Sesungguhnya Sabar itu separuh daripada Iman..
Hari Isnin pada minggu lepas anak Aima yang ketiga yang biasa panggil Abang Beh mengalami cirit birit n muntah yang teruk. Bermula dari Ahad malam membawa ke pagi memang tak tidur kerana asyik muntah n cirit birit.  Dah lah baru je sembuh dari sakit yang sama yang di alami minggu sebelumnya.  Baru je nak sembuh dah datang balik sakit dia, uhuuuu...Bermula dengan muntah pas tu cirit birit yang tak putus-putus dari malam membawalah ke pagi, sampai lemah satu badan dia.  Ada beberapa kali tu Abang Beh ne rebah kat toilet, Ya Allah sedihnya hati.
Pada pagi harinya lepas hantar Kakak n Abang sekolah, Aima n Mr Hubby terus bawak ke Abang Beh ke Klinik Kerajaan yang berhampiran.  Punyalah lemah abang Beh ne hingga terpaksa Aima papah hingga ke tingkat atas untuk pendaftaran sementara Mr Hubby terpaksa pusing sana sini cari parking.  Baru je nak isi borang pendaftaran, Abang dah muntah cun-cun depan kaunter.  Mujurlah petugas kaunter tu baik hati n suruh Aima bawak Abang pi toilet dulu sementara borang dia tolong simpankan supaya nombor giliran tak jauh.

Tapi baru je beberapa langkah dari kaunter Abang muntah lagi sekali sampai rebah kat lantai, muka pun dah pucat semacam, uhuuuu...Punyalah panik Aima dibuatnya pai tak sedar Aima jerit panggil nama abang berkali-kali sebab tengok dia dah lemah sangat.  Dan Aima kira bernasib baik juga sebab petugas kaunter tadi terus bawa borang Aima yang hanya sempat tulis nama anak jumpa dengan jururawat yang bertugas.  dan tak lama selepas tu nama Abang di panggil tuk timbang berat badan n terus di bawa jumpa doktor tanpa menunggu giliran, Alhamdulillah...Baru je nak jumpa doktor Abang cirit birit lagi kat seluar, nasib baik bawak tuala dan seluar baju lebih dan Mr Hubby terus bawak tukar baju kat tolilet n pakaikan pampers yang Aima mintak dari adik Aima yang pampers anak dia size XXL, eheeee....
Sebaik je jumpa Doktor n terangkan sakit apa, terus doktor cek mata dan perut abang. Doktor kata abang ne dah kurang air n garam dalam badan sebab tu dia lemah, salah satu tanda kurang air dalam badan adalah bawah mata sembap, ataupun bahasa Bruneinya 'luak'..  Tengok perut abang pun dan termasuk ke dalam, ini menandakan cirit birit yang teruk.  Doktor kata mesti masuk air n mesti masuk ward.  Mr Hubby yang tahu wife dia ne memang pantang dengar Ward/Hospital terus signal kat wife dia ne dengan makna 'jangan bantah', uhuuuu....
Tapi Aima bersyukur sangat-sangat kerana Allah melapangkan segala-gala urusan untuk Abang Beh masa tu, bermula dari pendaftaran hinggalah berjumpa Doktor, Alhamdulillah.. Kemudian Doktor suruh jururawat yang bertugas tuk bawak Abang Beh ke bilik rawatan tuk amik darah n nak cucuk tuk 'drip'.  Aima dah bagi tau kat jururawat tu yang Aima tak sanggup nak tengok apa lagi nak pegang anak, sebab naluri seorang ibu ini pasti sedih dan rawan melihat anak yang nangis kesakitan, uhuuu...So Mr Hubby lah yang pegang Abang agar dia tak meronta semasa proses mencucuk.
 
Punyalah susah jururawat tu nak cari urat tuk cucuk Abang Beh ne, dah lah kurus, dia meronta-ronta lagi sebab kesakitan.  Doktor tadi pun punyalah risau sampai keluar masuk bilik rawatan berulang kali sebab takut Abang pengsan kekurangan air dan garam dalam badan.  Dah cuba cucuk beberapa kali tak dapat jugak maka terpaksalah Doktor yang tolong cari urat tuk masukkan 'drip' nanti.  Aima lak ngan tuala kecik dari awal lagi lap airmata yang bak air paip yang tersekat-sekat, uhuuuu...Aima dah tak rasa malu dah nangis depan jururawat yang ada dalam bilik tu n yang keluar masuk sedari awal.  Hati ibu mana yang tak sedih kn bila dengar anak kesakitan menangis kena cucuk.  Sakit tau kena cucuk kai jarum ne, uhuuu...Apalagi bila Abang Beh jerita kata, 'sakittttttttt....' n panggil 'mama.....' berulang kali, caner lah Aima tak sedih kan, uwaaaaaa....... Tak lama lepas Doktor ambil alih, Alhamdulillah dapat gak urat Abang Beh dan sesi cucuk mencucuk pun selesai.  Kemudian Doktor tu bagitahu kat Aima n Mr Hubby yang Abang Beh kena tunggu Ambulans tuk bawak pi Hospital RIPAS..
AMBULANSSSS??????????? Teruk sangat ke anak aku ne? Tak boleh ke bawak dengan kereta sendiri??? uhuuu... Then Doktor tu kata sebab Abang Beh dah masuk drip n badan dah lemah sangat so mesti bawak kai Ambulans.. Dah lah seumur hidup tak pernah naik Ambulans, takut beb...nak tak nak n demi keselamatan anak, Aima pasrah dalam kacau, eheee...
Dah Ambulans datang Abang Beh pun di sorong menggunakan whelcha (wheelchair) menuju ke Ambulans sebelum di baringkan atas stretcher.  Aima temankan abang dalam Ambulans manakala Mr Hubby naik keta sendiri.  Inilah pengalaman pertama naik Ambulans, punyalah laju pai kan Aima terpaksa berpaut pada palang besi dekat kerusi.  Padahal petugas yang dalam Ambulans tu relaks je, duduk pun macam duduk kat kerusi biasa, dah biasalah katakan. Tapi Aima ne hah dahlah tangan pegang palang besi kaki pulak di tekankan kat lantai tuk berpaut agar tak tergelincir, punyalah jakun, seram pun ada, ahahaaaa.....F kena amik gambar tentu boleh tau caner pucatnya muka Aima, ye lah kan tak pernah dan tak termimpi pun nak naik Ambulans.  Dah lah risau ngan anak, naik Ambulans lagi, uhuuu... nasib baik gak abang yang baring atas stretcher tak meragam.
Hari tu Abang Beh di tahan kat Ward Kanak-Kanak di Hospital RIPAS yang kebetulan jugak Ward tempat adik Aima bertugas, alaa adik Aima kedua bungsu yang Aima panggil Mak Labu tu, eheee....Dan kesemua budak-budak yang di tahan dalam Ward tersebut mempunyai sakit yang sama ngan Abang Beh ne, muntah n cirit birit.  Yang masih baby pun ada jugak, keisan kan..

Dan Alhamdulillah malamnya Abang beransur sihat setelah masuk 3 botol air, dah tak muntah n cirit birit lagi.  Makan dan minum pun dah ok sikit walaupun cuma minum seteguk dua, ok lah daripada takde langsung.  Bagi Aima kan lebih baik Aima yang sakit asal jangan anak-anak yang sakit, sedih sangat tau lihat anak sakit ne. 
 
F masuk Hospital macam ne, hati rasa berbelah bahagi.  mana risau anak yang dalam Ward, risau lagi ngan anak-anak yang kat umah, sedih lagi kat anak yang kecik yang tidur malam dia tak pernah jauh dari mama dia ne, uhuuu...Kesian lagi ngan Mr Hubby yang kebetulan keje shift malam, dah tu terpaksa berulang alik rumah-hospital, risau ngan anak-anak lagi....uwawaaaa..... 
Dan sepanjang malam tu jugak Aima tak dapat tidur, dah lah kat ward tu sejuk giler, macam nak beku jadinya.  Takut lagi bila terlelap abang panggil nak minum ke, nak berak ke, muntah ke, aduhaiiii...Rindu lagi ngan anak-anak kat umah, isk isk isk....
Keesokkan harinya Aima try usha Miss Doktor tu nak mintak balik ngan alasan ada baby kat umah yang masih breast feeding, bohong sunat, ekikiiiiii....Nasib baik Doktor kat Ward tu benarkan abang balik bila cek abang dah ok, Alhamdulillah...Dah dapat tau nak balik, Aima apa lagi kemas lah semua barang-barang sampaikan ada jururawat tu kata, 'Amboi!!! Semangat toi nak balik', ahaaaaa....Apa boleh buat, rindu dah menggunung kat anak-anak... uhuuuu..
Fuhhh!!!! Panajngnya N3 kali ne.  Saja je nak share pengalaman pertama n berharap pengalaman terakhir naik Ambulans, tak semua orang merasa naik Ambulans ne tau,  eheeee....Di kesempatan ini juga Aima mohon doa sape2 yang baca N3 ne agar dapat mendoakan anak-anak Aima sihat seperti sediakala, aminnn...Hanya Allah saja yang mampu membalasnya.... =)
 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com