Salam Jumaat...Dah jarang sangat jenguk blog ne, buzy memanjang sejak 4-5 hari ne (alasan je tu, ahakkksss...) Sibuk melayan telatah dan kerenah anak-anak. Sekarang ne dah jadi musim sakit pulak kat rumah. Bermula dengan anak yang ketiga demam, berak n muntah2 sampaikan badan dah jadi kurus kering, uhuuu...Dah lah tak nak makan, minum susu pun dia kata rasa tak sedap, rasa pahit (anak Aima ne even pun umur dah 6 tahun tapi masih minum susu tau, siap pakai botol lagi, eheee.....) Dah puas pujuk n beli macam-macam makanan kegemaran dia tetap gak tak nak makan, sedih hati kiter tau. Selalu je Aima berdoa biar Aima yang tanggung sakit anak-anak ne asalkan anak-anak semuanya sihat walafiat. F orang dewasa yang kena tau lah caner nak buat tapi f budak-budak yang dorang tau cuma nangis je, ermmmm....
Dah lah anak nombor 3 demam, anak bungsu Aima pulak kena Asma, alahaiiiii.....Nasib baiklah bapa Aima ada neubilizer kat umah dapat lah sewa tanpa bayaran, ekikiiiii....Dan nasib baik jugak adik Aima yang sekarang ne dah jadi mak labu dapat seludup bawak keluar ubat Asma dari Wad dia keje, kelass kau dik, ahaaaa....Dan disebabkan dah selalu buat kat umah, aima dah hafal nama-nama ubat yang perlu diunakan tuk neubilizer dan berapa sukatan dia, jangan nak tipu-tipu ekkk....=)
Sekarang ne anak yang ketiga n yang bungsu Alhamdulillah dah sihat (Aima berdoa moga semua anak-anak Aima sihat je memanjang, aminnn...) Tapi nampak gayanya abang yang kedua pulak kena virus ne, uhuuuu......dah beberapa hari ne asyik muntah n cirit birit, pai kan badan yang memang chubby dah nampak susut sikit. mana tak susut f tak nak makan, dah tu asyik ulang alik masuk toilet.
Semalam pun masa bawak abang n kakak pi shopping beli barang sikit, belum pun amik trolley abang dah ngadu sakit perut so terpaksalah bawak dia cari toilet dulu. Tapi yang kesiannya anak-anak Aima mana pandai guna tandas cangkung, yang kat Supermarket ne hanya menyediakan tandas cangkung, waduh waduhhhhh.............. nak tak nak terpaksalah guna juga, no choice. N terpkaslah Aima masuk sekali tuk pegang tangan abang. Bayangkan je lah ngan badan chubby (umur abang ne 7 tahun n berat 52kg) betapa susahnya dia nak naik dan cangkung, nasib baik tak tergolek, uhuuuuu....Punyalah lama tunggu abang selesai. Kakak pun dah bising-bising kat luar, penat katanya. At last Aima cuma sempat beli barang tuk makan malam je, yang lain tak sempat nak amik, abang dah merengek-rengek ajak balik. Tu lah tadi beria-ia nak ikut, dah tau tak berapa sihat, rehat je lah kat rumah...alahai anak aku...
Tadi pagi pun Aima tengok abang nampak masih tak berapa sihat. Sayu rasa hati tengok abang ne, ye lah kan selalu tengok asyik makan je kejenya sekarang ne nak tengok dia makan pun susuah, uhuuuu....Dari pagi lagi dah muntah n cirit birit. Rasanya Aima salah bagi makan lah semalam. Aima ingatkan abang ne panas dalam so Aima bagilah minum Adem Sari. Then tengok makin menjadi-jadi pulak dia kuar masuk tandas, Aima macam terklik sesuatu, tambah lagi bila Mr Hubby tanya abang makan apa semalam. Ya Allah, betul lah Aima yang salah, rupanya Adem Sari ne untuk melancarkan buang air besar, patutulah semakin menjadi-jadi cirit birit dia, maafkan mama ye sayang, uhuuu....
No comments:
Post a Comment