Manakala anak Aima yang kedua dan ketiga pulak asyik cari pasal je, kejap-kejap nangis, kejap-kejap teriak cari 'mama'...Aduh!!! memang pening dibuatnya. Dahlah bahan-bahan tuk buat kuih yang di tempah belum buat lagi. Apa pun belum ready lagi. Memang tak sangka nak jadi macam ne so orang tempah kuih Aima terima lah, rezeki anak-anak jugak kan. F tau anak-anak 'kusut' macam ne, dengan rendah hati Aima tak amik tempahan tu. Tapi bak kata orang kalau dah rezeki takkan lari kemana.. So terpaksalah bergilir-gilir jaga anak ngan bibik, f ada Mr Hubby dapat lah mintak tolong jagakan anak-anak, uhuuuu....
Malam semalam tu kan Aima rasa seram semacam tau, masa adik nangis tu Aima ada gak terdengar bunyi macam orang nangis sama n macam ada bunyi riuh rendah kat luar rumah, padahal dah lewat malam. Tapi Aima kuatkan hati tuk tak takut walau sebenarnya takut sangat, eheeee....Terpaksalah bukak Tv n layan citer kartun kat Astro yang anak Aima tengok sebelum tido (kes malas nak tukar channel) kebetulan pulak malam tadi kakak tak nak tido dalam bilik dia, takut katanya, ermrmmm... entahlah...
Dalam pada adik nangis-nangis tu, abang boleh pulak cakap time tido, f ngigau takpelah jugak, ne tak cakap yang bukan-bukan, manalah mama dia ne tak tambah takut. Bila Aima kejutkan dia terus bangun n kata dia kepanasan padahal dah bukak aircond n pasang stand fan 2 bijik, Aima dah rasa beku dia pulak kata panas. BIla tido semula, Abang cakap-cakap lagi, adusssss....At last Aima kejutkan dia n suh tido sebelah Aima. Manakala anak Aima yang ketiga Aima pidah dia kat katil sebelah manakala Kakak pulak tido kat bawah sebab tak muat katil g dah, eheeee....
Dalam diam-diam henjut buaian adik tu tetiba mainan bola adik yang adik loceng kat dalam tu boleh bergerak dan berbunyi sendiri, nak kata kena angin mustahil lah pulak sebab bola tu Aima letak dalam bakul baju, tak kena kipas langsung. Tuk redakan rasa takut Aima bawaklah membaca surah-surah yang terlintas di fikiran dan Alhamdulillah lama-lama tak berbunyi lagi, takut gak f tetiba nampak dot..dot..dot... eheee....Adik pulak masih lagi nangis n merengek tak henti-henti, dah banyak surah-surah Aima baca n hembus kat adik, tetap gak sama, pelik sungguh...Sudahnya memang sampai ke pagi lah tak tido-tido, ermmmm...
Dan sebab takut masih bersarang dalam hati, subuh tadi terpaksalah Aima tunggu bibik masuk dapur baru Aima ikut sekali, ahaaaa....Sementara Aima buat kuih tempahan, bibik lak jaga adik kat ruang rehat, f tak mahu tak siap tempahan orang. Dan Alhamdulillah dalam mata menahan ngantuk dan kelam kabut sebab semua serba tak kena akhirnya siap jugak tempahan orang. Syukur Alhamdulillah...
Tapi betullah hari ne dari pagi lagi semua serba tak kena, semua kelam kabut baik kat rumah, kat opis maupun masa hantar anak-anak sekolah tadi. Ngan Mr Hubby pun rasa nak gaduh je, entahlah.. Harap cuma hari ne je semua ne berlaku, esok-esok dan seterusnya Aima berdoa semua berjalan dengan lancar, aminnnnn
No comments:
Post a Comment