CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar
terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka
agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami
mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah
kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih
mata…
CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu
langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan
muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2
isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2
yg tidak baik pada mertua…
CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar
lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu
terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan
wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta
tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak
bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja
asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami,
tapi kat rumah tak praktik pun.
CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu
hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada
perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak
dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2
dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita
tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…
CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu
mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak
bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang
class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak
cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga
anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.
Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg
mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat
suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu
ciri-ciri 7C tu.
Renungkanlah…..
No comments:
Post a Comment