Salam Sabtu olz. Hari ne Aima kurang sihat sikit, demam, selsema n sakit tekak sejak semalam lagi. Nak buat keje pun takde mood tapi f bukak tenet laju je tangan ne kan, ahakkkk... F sehari tak ngadap tenet memang tak sah lah, dapat bukak guna fon pun jadi lah. Kekadang bukan tengok apa pun, saja je nak buang boring. Bukak tenet pun tuk cari resipi masakan n kuih muih, f tengok macam sedap je terus datang mood nak masak masakan lain dari yang lain. Jangan ingat Aima tak tau masak ok, ahaaaa....Masak memasak ne memang feberet Aima cuma sekarang ne malas nak update kat blog, dah bertimbun gambar masakan terperap dalam camera dan fon, cuma tunggu masa nak upload je. Aima ne bukan apa cuma segan nak tayang masakan kat blog, ye lah kan masakan yang sederhana je, lagi pula Aima rasa malu sebab gambar yang Aima amik tu tak secantik gambar bloggers yang lain, uhuuu... Insya Allah jika rajin datang Aima upload sikit-sikit ek...
Ok berbalik pasal masakan ne selalunya Aima masak ikut selera Mr Hubby n anak-anak. Jarang masak ikut selera sendiri sebab selera Aima n Mr Hubby tak sama. Time keje pagi Aima tentu sms/whatsapp Mr Hubby tanya lunch nanti nak makan apa, ye lah kan kekadang tak sempat nak masak macam-macam. Bayangkan je lah Aima habis keje jam 12 (tapi Aima n kawan selalu kuar dari ofis jam 11.45, nasib baik takde punch card, huahuahua...) dah tu balik rumah terus tukar baju tuk masak. Kekadang tu adik lagi merengek nak mintak dukung, f tak dukung sian gak kan dah lah dari pagi tinggal ngan bibik je, dalam tengah kalut memasak tu, jam dah pun 12.15, cepat-cepat lagi tukar baju n sarung tudung nak amik anak-anak kat sekolah rendah. Nasib baik lah kakak pi sekolah Mr Hubby yang hantar n kekadang Abang Aima yang anak dia satu kelas ngan kakak yang hantar, f semua Aima kena buat alamat tak berasap lah dapur.
Ada masanya jugak Mr Hubby bagi tau tak payahlah masak tuk lunch, kita 'tapao' je kat luar, biasanya bungkus nasi ayam lah, Alhamdulillah... Kekadang tu rasa bersalah gak f tak sempat nak masak lunch, sian kat anak-anak n Mr Hubby. Anak Aima yang kedua iaitu Abang, masuk je dalam kereta tentu tanya mama masak apa hari ne n sampai rumah dia tentu terus duduk kat dapur tunggu makanan terhidang, best kan jadi budak-budak, semua tersedia. Tu lah kan caner penat n tak cukup masa sekalipun Aima kena masak jugak tuk lunch, simple pun jadilah. F baru nak masak lepas amik anak-anak alamat bergegarlah dapur ngan tangisan Abang sebab dah lapar sangat. Abang ne tak tahan lapar sebenarnya, ye lah tengok dari body yang chubby tu pun orang dah tau. Kat sekolah Abang tak suka beli makanan yang ada jual kat kantin, selera dia lain sikit (ini ikut selera Mr Hubby lah, tak cincai makan itu ini). Tapi satu perkara yang orang lain tak tahu, Abang tak makan kat sekolah sebab takut sakit perut. Yang jadi masalahnya Abang ne tak suka guna tandas orang (yang ini ikut style mama dialah, ahaaa..) sakit perut ke nak kencing ke tentu dia tahan sampai balik rumah, susahkan.. Aima dah pesan jangan tahan kencing takut nanti jadi penyakit, tapi Abang tetap kata dia tak nak lah 'buang' apa-apa kat sekolah tu sebab geli, ermmmm...
Sejak dua menjak ne selera Mr Hubby lain sikit, tiap-tiap hari makan mangga muda (tak kan ngidam kot). F abis stok kat rumah tentu cepat-epat pi pasar borong beli. Biasa orang buat sambal mangga tapi cara Mr Hubby lain pulak, mangga tu di cincang halus n campur ngan cili padi n belacan sikit, pas tu masukkan air hingga mangga tadi tenggelam, kemudian bubuhlah garam n sikit gula (ala-ala sup lah) F ada makan ne bertambahlah selera dia makan (manalah tak gemuk laki aku nih) Bagi Aima pulak f rasa nak makan lain Aima pi la rumah mama kat belakang, makanlah apa yang mama masak, sedap wooo walaupun cuma masakan yang simple mimple tapi keberkatan air tangan ibu bapa tu lah yang meneyedapkan makanan simple tersebut. N jangan tak tau bapa Aima pun pandai masak tau, sedap beb f bapa Aima tu masak. Kekadang kan kat rumah Aima cuma masak tuk Mr Hubby n anak-anak, pas tu Aima pi rumah mama yang kat belakang rumah Aima tu n 'mengintu' (bahasa melayu standard tak pasti lak apa, sori ek) apa yang ada, ahaaa... Boleh lah jimat kos sikit. Ini lah kelebihan tinggal bersebelahan ngan rumah keluarga sendiri, hikhikhik...
Bercakap tentang selera Mr Hubby n anak-anak Aima semua tak sama. Mr Hubby suka makan yang bergoreng, rendang n yang paling penting mesti ada sayur. Makanan yang berebus atau kukus jangan haraplah dia nak makan. F goreng ayam ke ikan ke mesti goreng garing, kalau tak garing jangan haraplah Mr Hubby nak sentuh, so kenalah ikut selera suami.
Kakak pulak paling suka makan udang tumis, f masak udang tumis ne memang makan 2 pinggan lah (tak sepadan ngan badan dia kan, ehee..) n Soto juga feberet kakak asal jangan letak pape sayur dalam sup dia. Boleh di kata 3 dari 4 orang anak Aima tak suka makan sayur. Dan kakak ne lah yang paling cerewet tentang makan. Cuma dia suka tengok Aima buat kuih n masak. Pas tu f dia rasa nak makan makanan tu tentu tanya caner nak buat walaupun kekadang tong sampah yang makan, ermmmm...Takpelah kan sekurang-kurangnya dia berusaha sendiri tuk masak.
Anak Aima yang kedua pula iaitu Abang suka makan telur, ayam goreng, fast food n makanan bergoreng. F makanan tu kena dengan selera dia boleh bertambah nasi 2-3x, agaknya sebab tulah dia chubby kan. Selain nasi Abang juga suka makan Mee n Nasi Goreng, f makan kat luar tentu pesan mee o nasi goreng tapi dengan syarat jangan letak sayur, bawang goreng yang di tabur tu pun tak nak. F ada sayur dalam makanan dia hatta daun bawang sekalipun maka jenuhlah Aima o mr Hubby nak asingkan, alahaiii...
Anak Aima yang ketiga yang di panggil Abang Beh memang susah sikit selera dia, dia suka makan ayam goreng tapi bukan makan isi ayam, dia suka makan kulit ayam yang bersalut tepung tu lah sampai bogel ayam tu jadinya. N yang paling feberet abang Beh adalah kuah kari n kuah kunyit, takde lauk pun takpe asal ada kuah kari (agaknya ikut tekak Aima masa mengandung dia dulu) Makanan lain memang dia tak suka. Sebelum sakit hari tu (ada tulis dalam N3 sebelum ne yang kena bawak ngan ambulans) Abang Beh memang hari-hari makan maggi kari campur nasi, memang tak miss lah, f larang makan maggi kari memang sampai malamlah dia mogok tak makan pape. Tapi dah kena sakit hari tu datanglah idea Mr Hubby nak takutkan dia, kata mr Hubby f nak kena injek lagi makanlah maggi kari banyak-banyak. Sebab takut kena injek lagi sampai sekarang ne Abang Beh dah tak makan maggi kari lagi, Alhamdulillah sukses jugak idea Mr Hubby kan =)
Turn baby Aima lak, sekarang ne Adik dah 10 bulan, cepatnya masa berlalu. Sejak umur 5-6 bulan Adik dah tak nak makan nestum atau pun bubur nasi. Adik lebih suka makan nasi atau makanan orang dewasa. F tengok orang makan bising lah mulut dia nak makan sama. Aima pun tak lah nak pantang anak makan itu ini, asalkan makanan tu menyihatkan Aima bagi je lah. Aima dah pesan kat bibik tuk masakkan nasi yang lembut sikit tuk adik biar senang nak kunyah. Yang untungnya adik ne cepat tumbuh gigi, umur 3 bulan dah ada gigi n sekarang dah ada 10 bilah gigi, tu yang tidak jadi masalah nak makan nasi biasa. Cuma f makan nasi mesti ada sup atau kuah sayur, bertambah selera dia makan, tengok sekarang ne pun adik dah chubby sikit, Alhamdulillah... Harapan Aima agar anak-anak semua sihat walafiat, cergas, cerdik, bijak, pandai n selamat dunia akhirat, aminnn..
K la olz Aima berundur diri dulu ye, nak pi sekolah kakak jap nak sain rekod n nak tengok apa yang anak dara Aima ne dapat dalam peperiksaan pertengahan tahun, harap sangatlah dapat markah yang terbaik, aminnn...Nanti Aima update lagi ye. Ceriakan hari-hari mu dengan senyuman, Assalammualaikum
No comments:
Post a Comment