~Petua Kecantikan Dan Kesihatan Untuk Wanita 30an~
1. Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan
yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan.
Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafein,
minuman ringan dan makanan ringan.
2. Apabila umur anda menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit
semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan.
Cari pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Krim muka
jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit
anda.
3. Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya
matahari di dalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan
saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan
kulit yang membawa kepada kekeringan.
4. Bersenam mampu
meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan anda melakukan senaman
ringan setiap hari selepas bangun tidur. Lakukan senaman
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
5. Kekeringan dan gejala
penuaan boleh diperlambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana, air
adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka.
Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan anda mudah diserang
pelbagai penyakit.. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman
dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
6. Pengambilan
vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan
tugasan di pejabat dan di rumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang
mengamalkan pemakanan seimbang.
7. Wanita 30-an seelok-eloknya
menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari
menggunakan “foundation” yang tebal serta lipstik yang merah menyala.
Ianya akan membuatkan anda nampak lebih tua dan garang.
8.
Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang. Wanita 30-an mestilah
mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama orang yang
tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu
anda membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.
~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~
Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com
No comments:
Post a Comment