Kisah tauladan..suami isteri bertukar jantina
Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia
sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau
boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja
setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam Mat berdoa,’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari
sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya
Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi
besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri.
Bangun saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke
dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan
anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami
bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan
air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar
untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru
sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.
Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan
dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik
sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa
pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula
mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah.
Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian
angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.
Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun
dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit
saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan
pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan
malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu
uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi.
Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe. Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps…. belum boleh rehat rupanya.
Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan
suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan
sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung
tertidur…. … tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa
semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi
jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada
juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah
kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi
isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Mat,
kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi
telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk
melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’
Whatttt???.. 9 bulan 10 hari???…Beranaaak? ??……. Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaak kkkk…!! !
‘Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??’ Sergah satu suara di sisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil
bertanya, ’Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??
‘Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang
yang jadi suami….. Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni…..’
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Nab terkedu , terlopong dan jadi
bisu seharian melihat gelagat suaminya….
p/s: ahahaaa...baru tau caner susahnya keje org pompuan ne, ingat senang ke, uwakakaka....
No comments:
Post a Comment