Salam semua. Hope korang semua sihat-sihat je ye. Alhamdulillah Puan blog bertambah-tambah SIHAT sejak raya ne, ahahaaa.... Nak kata kuat makan tak jugak, leh dikatakan dah kurang makan sejak ahir-ahir ini, gaknya sebab hati senang kot, walaupun adakalanya di landa masalah tapi kena tenangkan hati sendiri ok..
Dah lama tak bersiaran kan, ceehhhh!!!! eheheee.. Banyak sebenarnya yang nak di kongsi kat sini cuma penyakit 'M' datang melanda tambah lagi time raya anak kecik jatuh sakit n Aima sendiri di timpa penyakit, ermmmm...Sekarang Alhamduluillah semua dah ok.
Pagi tadi memang sibuk sangat ngan keje. Sejak puasa sampailah raya dah nak habis ne keje opis memang
menimbun-nimbun, nasib baik tertimbus ye..Kekadang nak borak n minum pun tak sempat. Tapi takpelah kan boleh lupakan masalah yang melanda.
So caner ngan raya korang taun ne? Tentu meriah kan? Raya bagi family Aima memang meriah tambah lagi anak kecik Aima dah berusia 1 tahun, dah pandai nak tolong kemas barang n tolong bersihkan rumah, uhuhuuu... Tak boleh nampak pintu ruang tamu terbuka, zuuupppp dia masuk n tarik-tarik mangkuk raya, nasib baik tak pecah, ermmmm... Tapi nakal-nakal Adik ne bila tengok orang datang beraya memang dia nangis, penakut beb.. eheheee...
Tahun ne memang tak banyak beraya dan berziarah ke rumah sanak saudara sebab kesihatan anak kecik Aima tak begitu mengizinkan untuk kemana-mana. Duduk rumah je tunggu sanak saudara, kawan-kawan n tetamu datang. Alhamdulillah rumah Aima memang tak surut dari menerima tetamu.
So kepada yang mengenali Aima tu mintak maaf banyak-banyak ye sebab tak dapat nak beraya ke rumah korang n tak dapat nak ikut makan nasik kat rumah terbuka korang tu, mohon ampun n maaf ye. Insya Allah jika di panjangkan umur di sihatkan tubuh badan, jika korang jemput datang ke rumah terbuka korang, Aima akan serbu habis-habisan, iyo le tu ye, eheheee...
No comments:
Post a Comment