السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

07 December 2012

~Nasib Perempuan~

 
Kesian perempuan...

Diam — dia lemah .
Lantang — nampak salah .
Mesra — dia gatal .
Pasif — dipijak-pijak .
Kahwin — "bila beranak? ".
Tak kahwin — pasti digelak .
Berhijab — dikata kolot. menunjuk-nunjuk .
Tak tutup — lagilah heboh..
Setia — dimadu laki .
Curang — dicanang keji .
Terlalu cinta — dimain-mainkan .
Terlalu berjaga — dimarah-marahkan .
Menangis — rimas selalu .
Mata kering — dipanggil kepala batu .
Buat betul — pelbagai benda dipersoal .
Buat silap — sekampung berbual .

Tapi UNTUNG perempuan sebab setiap kali dilemparkan kejian dan hinaan, SYURGA adalah tempatnya.. cukup menjadi SOLEHAH kerana ALLAH sentiasa ada bersamanya dan janji Allah pada yang soleh dan solehah adalah pasti..... ♥

Buatlah sesuatu kerana redha Allah, bukannya untuk puaskan hati manusia, pasti hidup akan sentiasa bahagia ^_^

No comments:

Post a Comment