Assalamualaikum. Salam Jumaat olz. Tengah watpe 2? Ada yang tengah makan durian ke? Kan sekarang ne musim durian runtuh, sana sini berlambak orang jual durian. Masa durian tak banyak, mak aii mahal giler harganya, ada yang sampai 30+ sebiji, ada yang jual $8 per kilo, fuhhh!!!
Aima tak pernah lak beli yang jual guna kilo ne, bukan apa kulit je dah dekat 1 kilo, isi pulak tak seberapa, ermmmm... Tahun ne memang dapat di kira berapa kali Aima n Mr Hubby beli durian. Sebenarnya tak payah beli pun cos pohon durian kepunyaan pak mertua n pohon durian warisan dari datuk nenek belah Mr Hubby banyak gak tinggal kiter sendiri yang rajin tunggu buah durian gugur atau tak, eheheee.. Mr Hubby ada gak sekali dua tunggu durian ne tapi hasilnya, ermmmm dapat paling banyak adalah 4-5 biji yang kecik-kecik, tu yang buat Mr Hubby malas nak tunggu (alasannnn je, eheheeee...)
Tapi yang peliknya bila turn adik ipar tunggu, fuyooooo banyak giler, siap boleh jual lagi, rezeki dia n anak-anak. So far dapat ratus gak duit hasil jualan durian adik ipar, Alhamdulillah rezeki anak-anak. Sebab tu lah Mr Hubby tak nak tunggu durian tu, nak kasi chance kat adik dia. Sekurang-kurangnya dapat gak simpan tuk beli barang keperluan anak-anak dia. Jangan tamak ngan harta dunia, bersyukurlah dengan apa yang ada, ye tak?? =)
Aima pun tak payah susah-susah keluar duit nak beli durian. Company Aima keje ne kan ada 2 ladang yang luasnya saujana mata memandang, dorang tanam buah-buahan local. Tahun ne durian dorang tak abis di makan dan di jual, banyak beb. Boleh di katakan tahun ne memang tahun durian bagi Company Aima keje. Dari durian putih hingga durian kuning, dari baka durian import hingga durian local, dari durian murah hingga durian mahal, ala yang king king tu, ahahaaa...
Aima selalu gak dapat durian free. Kekadang tu Miss Boss bagi hingga 4-5 plastik besar. Ada yang dah di bukak n isinya simpan dalam container. Makan memang tak habis punya cos yang pandai makan durian cuma Aima, Mr Hubby n kakak je. Anak-anak yang lain termasuk bibik memang tak pandang durian ne. Untunglah kakak dapat makan buah feberet dia ne sorang-sorang =)
Ada gak durian putih yang tak abis di makan tu Aima buatkan tempoyak. Sendiri buat boleh adjust masam manis dia. Lagi pun kita tahu tahap kebersihannya macamana, tak lah kita was-was kan, eheheee...
Banyak gak durian yang dari Miss Boss tu Aima sedekah balik kat keluarga Aima n Mr Hubby, nak panjangkan sedekah n amal Miss Boss tak salah kan. Pernah Aima simpan isi durian dalam esbox, tak sampai 1 hari semua dah licin oleh kakak n Mr Hubby, ermmmm...
Semalam pun Aima dapat durian kuning dari Miss Boss, sedap sangat weiii.. Isinya tebal, biji kecik je. Puas rasanya makan. Tapi yang heran kan, nape makan durian ne tak pernah rasa kenyang n jemu ekk???
No comments:
Post a Comment