السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

15 January 2013

~Blurrrrrrr Sekejap~

Assalamualaikum. Salam hari, hari, hari apa ey??? ahahaaa... Hari ne betul-betul blur la, ada kah patut tadi pagi bila anak tanya hari ne nak pakai baju sport ke baju sekolah, Aima jawap pakai baju sport la kan ke hari ne hari Sabtu, kan ke kat sekolah tiap Sabtu ada erobik, toink toink!!!!  Punya la heran anak tengok Aima sampai berkerut kening, ahahaaaa... Cepat-cepat anak jawab, bukan ke semalam Isnin???? Alamak mimpi ke aku, huahuahuaaaa....

Memang blur sangat pagi tadi, mana tak nye dah la semalam lewat tido sebab adik dekat jam 12 baru nak lelap, awal pagi jam 5 dah bangun nak masak kuih yang orang order.  Malam dah prepare barang so tinggal masak je, kena masak awal sebab nanti nak siapkan anak-anak lagi.  Aima buat sejenis kuih je, manakala yang 2 jenis bibik yang siapkan, itu kepakaran dia.  So time bibik buat keje lain, Aima siapkan anak-anak so tak lah kelam kabut.

Memang penat giler, ngantuk lagi tapi menyeronokkan sebab tu la dalam keadaan mamai otak pun tak dapat berfikir dengan jelas, hari pun dah tak ingat hari apa, ahahaaa....

No comments:

Post a Comment