Assalamualaikum n selamat petang. Korang tau tak apa tanda-tanda orang yang kekurangan zat besi dalam tubuh? Selama ne Aima memang tak ambil peduli dan tak pernah ambil tahu akan hal ne, eheheee... Kecuali jika mengandung n Mrs Doct bagi asid folic tuk di makan sepanjang kehamilan barulah Aima makan, tu pun kekadang miss jugak ^_^
Semalam dalam perjalanan ke rumah mertua, DJ radio Pelangi FM ada menerangkan tanda-tanda orang yang kekurangan zat besi. Memang teruja sangat dengan penerangan DJ tu sebab tanda-tanda tu ada kat diri Aima, punyalah konsentret dengar pai Mr Hubby tanya somting pun tak perasan, ahahaaa...
So pagi tadi masuk je ofis terus godek perut Mr Google n cari apa tanda-tandanya. Tau dek Miss Boss guna tenet bukan tuk keje, abis la elaun kena potong, ngeeee... Selidik punya selidik, fikir punya fikir, sah Aima ne kekurangan zat besi (konfiden betul kan @,@) Jangan tiru cara Aima ne tau, ne agak-agak je. F nak tau lebih lanjut sebaiknya berjumpalah dengan Doktor..
K lah jom baca tanda-tandanya, mana tau ada yang merasa tanda yang sama.. Kan mencegah itu lebih baik dari mengubati ^,^ Ne Aima yang c&p dari Mr Google
Berikut ini adalah 4 tanda kekurangan zat besi yang paling umum:
1. Kelelahan yang ekstrem
Orang yang kekurangan zat besi akan
merasakan kelelahan yang luar biasa setelah beraktivitas seharian. Juga
akan merasakan seakan-akan tulang-tulang menjadi tidak bertenaga untuk
digerakkan.
2. Sesak nafas
Zat besi berfungsi untuk membantu mengangkut
oksigen ke seluruh tubuh, sehingga orang yang mengalami defisiensi zat
besi akan merasa sesak nafas karena kurangnya penyaluran oksigen dari
paru-paru ke jaringan tubuh lain.
3. Sakit kepala
Kurangnya oksigen di otak akan menyebabkan sering sakit kepala.
4. Amenia
Amenia adalah suatu keadaan di mana seorang perempuan
mengalami haid yang tidak teratur atau tidak
mendapatkannya selama beberapa bulan.
Kesemua tanda-tanda yang tersebut di atas memang ada pada diri Aima. Yang Aima boleh rasa setiap hari ada kelemahan yang ekstrem dan sakit kepala. Memang setiap hari rasa lemah gemalai segala sendi dan sakit kepala, mula-mula ingatkan BP naik tapi dah cek kat klinik BP normal. Yang sesak nafas tu ada masanya Aima rasa susah nak bernafas, macam orang nak kena asma, Nauzubillah..
Yang Amenia tu memang dah beberapa bulan Aima alami, ada lah dalam 3 bulan tak period, ingatkan normal selepas czer cos ada Doct cakap ianya normal disebabkan perubahan hormon. Punyalah susah hati di buatnya dan Alhamdulillah bulan lepas barulah tetamu tu datang balik dan harap janganlah dia lambat muncul lagi, ehehee...
Rasa-rasanya Aima ne kekurangan zat besi tak??? Nampak gayanya kenalah jumpa Doct tuk buat check up, takut woooo...
Kat bawah ne Aima c&p lagi infomasinya...
Anemia - Penghidap kurang zat besi mudah pitam, lesu dan mengantuk
ANEMIA atau lebih dikenal masyarakat sebagai penyakit kurang darah,
lazimnya sering dialami kebanyakan wanita dan remaja perempuan. Masalah
kekurangan darah sering dilihat hanya sebagai penyakit ringan.
Bagaimanapun, apabila ini berlaku ia tidak harus dipandang remeh kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yang mengalaminya. Anemia akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, khususnya remaja perempuan akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran.
Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.
Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi.
Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum.
Faktor lain yang menyebabkan wanita biasa mengalami anemia adalah pola makan. Dengan alasan takut gemuk, ada segelintir wanita atau remaja mengamalkan diet secara drastik. Golongan ini cenderung makan dalam jumlah yang kurang dan tidak mahu mengambil daging. Tanpa disedari, diet seumpama itu yang belum tentu membuatkan berat badan turun, boleh menyebabkan kurangnya pengambilan zat besi dari makanan.
Umumnya, setiap wanita ataupun remaja perempuan yang mengalami anemia, tidak akan sama antara satu dengan orang lain sebab berdasarkan jenis anemia dialami. Tetapi anemia boleh dikesan apabila ada tanda seperti pucat terutama di bibir dan kelopak mata, sering lesu dan mengantuk, mudah berdebar-debar, bentuk kuku berubah, rambut mudah gugur atau putus serta kerap pening atau pitam.
Bagi wanita hamil khususnya, anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah, anemia juga bahaya kepada bayi yang dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan. Justeru, keperluan zat besi pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan. Ketika hamil, seorang ibu tidak saja dituntut memenuhi keperluan zat besi untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keperluan zat besi untuk pertumbuhan janinnya.
Selain itu, perdarahan saat melahirkan juga dapat menyebabkan seorang ibu kehilangan lebih banyak lagi zat besi. Dengan alasan itulah, setiap ibu hamil disarankan mengambil zat besi tambahan.
Anemia boleh dicegah dengan mengambil kandungan zat besi. Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi. Beberapa makanan seperti hati, jantung, limpa, kuning telur, kerang, kekacang dan buah-buahan kering tertentu mengandungi zat besi dalam kadar cukup tinggi.
Zat besi dalam jumlah sederhana pula boleh diperoleh daripada daging, ikan, sayuran berwarna hijau seperti pegaga, pucuk paku, bayam, kailan dan bijirin.
Sumber zat besi daripada haiwan akan diserap lebih baik oleh tubuh daripada yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan. Bagi mengatasi masalah anemia, sebaik-baiknya perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.
Penyerapan zat besi dapat dibantu dengan mengambil vitamin C, misalnya meminum jus, buah-buahan dan sayuran lainnya, sebaliknya teh, kopi, susu, minuman berkola, bercoklat mengandungi bahan yang dapat menghambat atau menghalang penyerapan zat besi.
Jika ingin mengambil makanan atau minuman seumpama itu, pastikan diambil waktu makan utama atau sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum waktu makan. Bagi remaja pula perlu minum satu atau dua gelas susu sehari untuk mendapat cukup kalsium. Jadi, minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minum malam.
Pengamal vegetarian pula, perlu mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dal bersama makanan atau minuman yang tinggi kandungan vitamin C. Selain meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, perlu juga makan pil hematinik mengikut arahan doktor.

So f korang pun mengalami hal yang sama, cepat-cepatlah check up ek ^__^
No comments:
Post a Comment