السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

25 April 2013

Hobi Baru

Assalamualaikum n salam Khamis olz.  Lama tak share pape kan, selalu blog walking je.  N satu lagi hobi terbaru Aima adalah masuk web yang menawar sampel percuma, sapa yang tak nak barang percuma, ye tak ye tak, ahahaa... Semuanya bermula bila mood rajin datang nak kemas-kemas barang yang ada dalam meja n cabinet kat ofis, semua dokumen lama dah bungkus dalam peti misteri, eheheee..
minta maaf mutu gambar kurang memuaskan ^_^
Dalam masa berkemas tu tetiba terjumpa satu envelope Dumex yang lama, tahun 2005 u, eheheee...  Dulu Aima suka redeem barang dari Dumex tapi sekarang dah takde dah.  Banyak barang Aima dah dapat antaranya beg, penutup ice box, mainan, kotak tisu, stokin dan banyak lagi lah.  Caranya senang je cuma kumpul bar code yang ada pada pek Dumex dan kirim ke Dumex World, kemudian dorang akan bagi tau berapa point yang kita dapat so dengan point tu dapatlah di tukar ngan barang yang dorang list kan, syok tau.

Kekadang tu disebabkan nak sangat dapat point yang banyak Aima collect lah bar code dari kawan yang anak-anaknya minum susu Dumex.  Bila cukup je point yang ada, apa lagi terus redeem barang yang berkenan di hati dan tak sampai 2 minggu barang pun sampai.  Bertahun jugak Aima join Dumex World ne tapi rasanya sekarang dah takde Dumex World lagi lah, Dumex dah tukar yang baru.

So bila tengok sampul Dumex serta merta tangan rajin mengoogle apa sampel percuma dari internet.  Mula-mula cari pampers percuma dan boleh di katakan semua Company yang memberi sampel pampers percuma Aima join, huihuihuiii...

Kemudian dapat pula cari susu percuma, apa lagi register la kiter, ahahaaa...Banyak juga yang dah Aima request tapi tak tau lah dapat ke tak, ye la sampel percuma tu dari Malaysia/Singapore, Aima ne dari Brunei, nak ke tak dorang bagi try, tapi tak cuba tak tau kan, mana lah tau rezeki Aima n anak-anak ^,^

Dalam beberapa minggu Aima macam orang di mabuk cinta, asyik tunggu posmen je, ahahaaa... Mana lah tau barang yang di tunggu-tunggu menjenguk pintu opis @,@

Dan akhirnya yang di nanti-nanti pun datang juga.  Fuyooooo... Teruja Aima di buatnya, sekali sampai 4 sampul surat di terima.  Nak tau apa yang Aima dapat??? jeng jeng jenggggg.... Nak tau tak??? Besok Aima share ey, dah time nak balik la, eheheee... Jumpa besok ye, Insya Allah

11 April 2013

Bila Sakit Datang Bertamu

Assalamualaikum n salam Khamis.  Dah lama tak update blog kesayangan ne.  Banyak stori mori nak share sebenarnya cuma masa yang menghadkan untuk kita bersama, cewahhh.. ahahaaa..  Dalam seminggu ne memang rasa tak sihat.  Hari ne pun baru Aima masuk keje setelah cuti sakit 2 hari.  Sejak akhir-akhir ne rasa sakit kepala semakin kerap, pening, rasa nak muntah, tengkuk sakit dan bahu sebelah kiri rasa sakit, terasa macam kena hempap dengan batu.

Bila godek-godek kat Google rupanya itu tanda tekanan darah tinggi.  Aima memang menghidap tekanan darah tinggi sejak sakit mata (ulcer conea) semasa mengandungkan Adik iaitu sebulan sebelum due date.  Di sebabkan tekanan darah tak turun-turun maka Doctor menyarankan czer.  Sebelum ne memang tak pernah lah kena high BP, yang selalunya Low Blood, agaknya sebab umur n perubahan hormon.

So sejak tu BP Aima memang turun naik, jika stress memang naik tanpa izin lah dia.  Aima memang tak membiasakan diri makan ubat dari Klinik cos nak cuba cara tradisional.  So far memang ok.  Tapi entah kenapa, tak semena-mena dalam seminggu dua ne kepala terasa macam membawa beban yang berat, bahu pun rasa cramp sampai ke lengan.  Tengkuk rasa sakit macam ada benda yang tersangkut.  Sebab dah tak tahan sangat Aima bawak lah jumpa Doctor hari Selasa lepas.  Doctor tu tengok Aima n BP reader berselang seli sambil geleng kepala, alamakkk ne mesti ada yang tak kena ne..

Habis je cek, Aima terus tanya, "Ok tak BP saya?"  Then Doctor tu kata, "Tak ok, tak ok." errmmmm..
 
Rupanya BP Aima 160/100 dah masuk kategori Hypertension gred 2.  Patut lah sakit giler kepala ne.  Doctor tu bagi nasihat macam-macam n nasihatkan banyakkan rehat n jangan stress, Insya Allah.  Dapatlah cuti 2 hari.  Tapi cuti sakit pun macam tak cuti jugak, memang tak boleh nak rehat kat rumah.  Bila anak-anak tau mama dorang ne cuti mula lah sorang-sorang nak berkepit, Adik pun macam tau je mama dia ada kat rumah, nak tido pun dah tak nak bibik yang tido kan, alahaiii...

Hari ne pun masuk keje ngan kepala yang berat, makan pun dah tak lalu dah cos takut BP tak turun-turun.  Nasib baik Mr Hubby hantar pi keje, memang tak larat nak drive.  

Setakat ne Aima cuba minum air yang dah di campur ngan saffron, mengikut kata orang saffron ne memang baik nak menurunkan tekanan darah tinggi.  Dan tengahari tadi Aima cuba gak blend seleri + epal hijau.  Ini petua dari Miss Boss, dia dah amalkan semasa BP dia naik mencanak hari tu dan Alhamdulillah memang berkesan, so Aima pun try lah 2 jenis minuman ne, semoga turunlah BP Aima ne, Amin..

So Aima mohon doa dari sesape je yang ada baca blog Aima ne ( itu pun bila ada lah ^_^) Doakan Aima cepat sembuh ye, Aima memang takut sangat sekarang ne lebih-lebih lagi kesan dan akibat jika tekanan darah tinggi ne tak turun-turun, Nauzubillah...  Doakan Aima ye, uhuhuuu... Thanx semua =( Assalamualaikum