Assalamualaikum n salam Khamis. Dah lama tak update blog kesayangan ne. Banyak stori mori nak share sebenarnya cuma masa yang menghadkan untuk kita bersama, cewahhh.. ahahaaa.. Dalam seminggu ne memang rasa tak sihat. Hari ne pun baru Aima masuk keje setelah cuti sakit 2 hari. Sejak akhir-akhir ne rasa sakit kepala semakin kerap, pening, rasa nak muntah, tengkuk sakit dan bahu sebelah kiri rasa sakit, terasa macam kena hempap dengan batu.
Bila godek-godek kat Google rupanya itu tanda tekanan darah tinggi. Aima memang menghidap tekanan darah tinggi sejak sakit mata (ulcer conea) semasa mengandungkan Adik iaitu sebulan sebelum due date. Di sebabkan tekanan darah tak turun-turun maka Doctor menyarankan czer. Sebelum ne memang tak pernah lah kena high BP, yang selalunya Low Blood, agaknya sebab umur n perubahan hormon.
So sejak tu BP Aima memang turun naik, jika stress memang naik tanpa izin lah dia. Aima memang tak membiasakan diri makan ubat dari Klinik cos nak cuba cara tradisional. So far memang ok. Tapi entah kenapa, tak semena-mena dalam seminggu dua ne kepala terasa macam membawa beban yang berat, bahu pun rasa cramp sampai ke lengan. Tengkuk rasa sakit macam ada benda yang tersangkut. Sebab dah tak tahan sangat Aima bawak lah jumpa Doctor hari Selasa lepas. Doctor tu tengok Aima n BP reader berselang seli sambil geleng kepala, alamakkk ne mesti ada yang tak kena ne..
Habis je cek, Aima terus tanya, "Ok tak BP saya?" Then Doctor tu kata, "Tak ok, tak ok." errmmmm..
Rupanya BP Aima 160/100 dah masuk kategori Hypertension gred 2. Patut lah sakit giler kepala ne. Doctor tu bagi nasihat macam-macam n nasihatkan banyakkan rehat n jangan stress, Insya Allah. Dapatlah cuti 2 hari. Tapi cuti sakit pun macam tak cuti jugak, memang tak boleh nak rehat kat rumah. Bila anak-anak tau mama dorang ne cuti mula lah sorang-sorang nak berkepit, Adik pun macam tau je mama dia ada kat rumah, nak tido pun dah tak nak bibik yang tido kan, alahaiii...
Hari ne pun masuk keje ngan kepala yang berat, makan pun dah tak lalu dah cos takut BP tak turun-turun. Nasib baik Mr Hubby hantar pi keje, memang tak larat nak drive.
Setakat ne Aima cuba minum air yang dah di campur ngan saffron, mengikut kata orang saffron ne memang baik nak menurunkan tekanan darah tinggi. Dan tengahari tadi Aima cuba gak blend seleri + epal hijau. Ini petua dari Miss Boss, dia dah amalkan semasa BP dia naik mencanak hari tu dan Alhamdulillah memang berkesan, so Aima pun try lah 2 jenis minuman ne, semoga turunlah BP Aima ne, Amin..
So Aima mohon doa dari sesape je yang ada baca blog Aima ne ( itu pun bila ada lah ^_^) Doakan Aima cepat sembuh ye, Aima memang takut sangat sekarang ne lebih-lebih lagi kesan dan akibat jika tekanan darah tinggi ne tak turun-turun, Nauzubillah... Doakan Aima ye, uhuhuuu... Thanx semua =( Assalamualaikum
cepat sembuh ye Aima, rindu nak skodeng blog awak @,@
ReplyDelete