Memang sejak beberapa bulan lepas lagi Aima tak dapat nak tumpukan sepenuh masa nak update blog, selain mama dan anak bungsu Aima sakit, bibik yang balik bercuti, keje yang menuntut sepenuh konsentrasi pun menimbun, pai naik migrain di buatnya. Tapi Alhamdulillah semua tu dapat Aima buat ngan seksama nya, yeaaaaa.....
Dan Alhamdulillah kini mama dan anak bungsu Aima pun dah sembuh. Nanti Aima share citer tentang mama Aima (mak kepada Aima la, jgn salah faham ek..) yang sakit dan admit kat spital ok..
Tetang anak bungsu Aima pulak, masa Adik sakit tu memang malam tak dapat tido, takut time tido 2 Aima tak sedar jika Adik asma. Adik pun tak dapat nak tido lena, kejap menelentang, kejap bertiarap, kejap duduk, kejap tido atas badan Aima, kejap baring atas lantai.. Ya Allah kesian Aima tengok, macam mama Aima kata, dia nak carik nyawa dia, cari mana posisi yang selesa agar senang nak bernafas, Astaghfirullah sedih Aima di buatnya. Nasib baik asma Adik kali ne tak seteruk biasanya, Alhamdulillah.. Cuma satu je yang Aima salute sangat ngan Adik, sesakit mana pun dia tetap hepi dan aktif walaupun masa tu dah tercungap-cungap, tetap ada je benda yang nak di kacaunya, tetap gak panjat sana sini, orang yang jaga dia pulak yang rasa semput, ahahaaa... Dan Syukur Alhamdulillah adik dah sihat seperti sebelumnya, Alhamdulillah..
Ok lah berbalik ngan janji Aima berbulan-bulan lepas (lamanya ^,^) tentang 'sesuatu' yang Aima tunggu2, ehehee... Sebelum ne memang Aima rajin blog walking n cari pape sample free. Banyak gak yang Aima apply n banyak gak yang belum sampai (ntah dapat ke idak ye..)
Dan setelah di tunggu beberapa minggu selepas apply free sample 2, akhirnya penantian ku berakhir jua, yahuuuuuuu.... Nak tau apa dia? Aima teruja giler bila datang barang ne, rasa macam nak lompat kesukaan, cuma malu lah ngan kawan2 satu opis, eheheee...
Ni la dia apa yang Aima dapat hari tu...
Ada yang belum sempat bukak lagi. Sebab tak nak bercampur ngan paper work yang lain so dengan terpaksanya di sumbat lah ke dalam kotak. Insya Allah nanti Aima share apa yang Aima dapat ek..
No comments:
Post a Comment