السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

12 April 2010

Cara Membuat Keju


Bahan- bahan diperlukan.
2 cawan susu segar
4 sudu teh cuka makan(bukan cuka getah ye) atau jus lemon.
Garam

Cara-cara membuatnya:
- masak susu dalam periuk dan sentiasa kacau sehingga mendidih. Pastikan sentiasa dikacau bagi mengelakkan susu hangus.
- tutup api apabila susu sudah mendidih tapi biarkan periuk atas dapur.
- masukkan 4 sudu cuka dalam susu dan kacau, susu akan bertukar menjadi dadih dan meninggalkan air dipanggil whey(aku tak tau apa dipanggil dalam bm)
- kacau rata dan biarkan selama 5-10 minit di atas dapur.
- letakkan penapis(penapis santan pun boleh) atas besen. Letakkan kain bersih atas penapis santan. Tuang dadih dalam periuk ke atas kain untuk memisahkan daripada air.
- tekan keju untuk memaksa air keluar dari keju.
- tambah sedikit garam dan tekan lagi bagi menghilangkan lembapan.
- masukkan dalam bekas atau biarkan sahaja dalam bentuk bebola.
- masukkan dalam peti sejuk. Selepas itu bolehlah dimakan seperti biasa.


Acar Timun Mentah

Bahan2:
timun - hiris nipis
nenas - hiris nipis
lobak merah - hiris nipis
bawang merah - hiris bulat
cili merah
cuka makan secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2nya:
-rendam timun dan lobak yang telah dihiris tadi ke dalam air kapur dan biarkan seketika
-kemudian toskan dan cuci bersih
-masukkan semua bahan2 di atas ke dalam mangkuk dan gaul rata.
-sesuaikan masam manis acar tadi
-simpan dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum di hidang..slmt test try :)

Puding Fruit Cocktail

Bahan2Puding:1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh tepung custard larutkan dalam air

Cara2nya:
- campurkan semua bahan dan masak diatas api perlahan ( api kuat akan membuatkan susu berkeladak dan tak cantik). Tujuan masak diatas api hanyalah untuk hancurkan gula dan sebati. - jika rasa gula sudah hancur olehlah tutup api tersebut. Masukkan dalam freezer.

Bahan custard
1 cawan tepung custard
5 cawan air
1 sudu gula

Cara:
- campurkan semua bahan dan masak diatas api sehingga menjadi pekat dan likat dan warnanya akan bertukar dari kuning cair ke kuning yg lutsinar.
- setelah masak tuangkan ke dalam seperti bekas yang berisi puding cocktail tadi dan sejukkan. - - setelah sejuk bolehlah di hidangkan dandimakan.

tadaaaaaa......Fruit cocktail ni sedap dimakan sejuk.... =)