السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

13 April 2010

Adab Memotong Kuku

Bahagian Kuku Tangan
1. Dimulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking dan barulah ibu jari tengah
2. Seterusnya kelingking tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan akhirnya ibu jari tangan kiri

Bahagian Kuku Kaki
Dimulai dari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut urutan jari sehinggalah kelingking kaki kiri

(cara atau kafiyat memotong kuku kaki adalah mengikut yang dilakukan oleh Ibnur-Rif’ah)

Doa Ketika Memotong Kuku
Saidin Ja’far Radhiallau Anhu berkata:
‘Barangsiapa mengerat atau memotong kuku dan misainya pada tiap-tiap hari Jumaat dan berkata ketika mengeratnya :-

Tiada gugur yang dikerat itu melainkan dengannya pahala memerdekakan seorang sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati;’

Hari-hari Yang Disunatkan Memotong Kuku
Terdapat dalam sebuah hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud:
‘Barangsiapa memotong atau mengerat kuku pada :-
Hari Sabtu – Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)
Hari Ahad – Hilang Berkah
Hari Isnin – Mempusakai alim Fadhil (orang yang berilmu dan mempunyai kelebihan)
Hari Selasa – Mempusakai kebinasaan
Hari Rabu – Mempusakai jahat perangai
Hari Khamis – Mempusakai Kaya
Hari Jumaat – Mempusakai ilmu dan lemah lembut

12 April 2010

Khasiat Lengkuas, Kunyit & Halia

Kunyit
Kunyit ditanam di mana-mana. Di negara-negara Timur, kunyit digunakan sebagai pengganti saffron dan warna kuning(digunakan sewaktu menggoreng ikan dan ayam) dan sebagai ubat di negara seperti China, Jepun, Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia ia ditanam dan boleh didapati tumbuh meliar di merata tempat. Kunyit (Cucurma domestica) adalah tumbuhan yang tumbuh sepanjang tahun. Menurut WHO, kunyit merupakan tumbuhan ubat-ubatan yang paling banyak digunakan di dunia.

Kandungan kimia:
Kunyit merupakan jenis temu-temuan yang mengandungi senyawa kimia berkeaktifan fisiologi iaitu minyak atsiri dan mengandungi senyawa kurkumin. Akar kunyit mengandungi pati dan getah. Minyak atsiri juga memberi aroma harum dan rasa khas pada umbinya. Kunyit mengandungi curcumin(zat berwarna kuning), turmeron, zingiberen, turmerol(minyak turmerin yang menyebabkan aroma dan wangi kunyit), lemak, pati dan damar.


Umbi akar yang berumur lebih dari satu tahun dipakai sebagai ubat (umbi akar bersifat mendinginkan, membersihkan, mempengaruhi bahagian perut, merangsang, melepaskan lebihan gas di usus, menghentikan pendarahan dan mencegah pengentalan darah) selain dari itu juga digunakan sebagai bahan dalam masakan. Kunyit juga digunakan sebagai ubat anti gatal dan anti kejang serta mengurangkan pembengkakan selaput lendir mulut. Kunyit juga diminum sebagai ekstrak atau diguna sebagai salap untuk mengubati bengkak.Kunyit juga berkhasiat untuk menyembuhkan hidung yang tersumbat, caranya dengan membakar kunyit dan menghidunya.


Berdasar perubatan tradisional cina, umbi akar kunyit digunakan ubat untuk sakit dada, perut, sakit lengan dan sakit pada saat haid serta luka luka. Kunyit dianggap sangat mujarab untuk menyembuhkan haid yang tidak teratur, melancarkan aliran darah dan melarutkan gumpalan darah.

Halia
Tumbuhan ini berasal dari Asia Selatan (India).Halia (Zingiber officinale) merupakan tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun. Hidup liar di ladang-ladang tanah lembab serta memperolehi banyak sinar matahari.

Kandungan kimia:
Halia mengandungi banyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol(misalnya di bahagian bahagian merah), zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Minyak halia berwarna kuning dan kental. Minyak ini kebanyakkannya mengandungi terpen, fellandren dan dextrokamfen.

Kandungan & Manfaat:
Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai ubat atau bahan untuk memasak. Halia boleh merangsang kelenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan.

Halia berguna sebagai ubat gosok untuk badan dan sakit kepala. Halia segar yang ditumbuk halus boleh digunakan sebagai ubat luar. Rasa dan aromanya pedas dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh. Minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak. Ia juga amat baik untuk mengubati luka luar dan dalam, merawat gatal-gatal(umbinya ditumbuk halus) dan juga dapat mengubati gigitan ular.

Kegunaan lain:
Sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, lenguh pinggang, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-benkak, mual dan mabuk dalam perjalanan, panau, digigit ular, ubat cacing gelang dan gatal akibat gigitan serangga.

Lengkuas
Terdapat 2 jenis tumbuhan lengkuas iaitu umbi(akar) berwarna putih(biasanya dipakai sebagai penyedap makanan) dan umbi merah(untuk ubat). Batangnya terdiri dari susunan pelepah daun. Daunnya bulat panjang dimana daun bahagian bawah terdiri daripada pelepah sahaja manakala bahagian atas pula lengkap dengan helaian daun. Umbinya berserat kasar dan beraroma khas. Lengkuas mengandungi minyak alpinen, kamfer, methyl-cinnamate. Lengkuas berkhasiat sebagai anti kulat, anti bakteria, menghangatkan, membersihkan darah, menambah nafsu makan, mempermudah pengeluaran angin dari dalam tubuh, mencairkan kahak, mengharumkan serta merangsang otot.

Kegunaan lain
Panau, kesakitan sewaktu haid, ubat untuk penyakit kulit, bengkak limpa, menguatkan otot yang lama tidak digerakkan dan membersihkan darah.

Cara Membuat Keju


Bahan- bahan diperlukan.
2 cawan susu segar
4 sudu teh cuka makan(bukan cuka getah ye) atau jus lemon.
Garam

Cara-cara membuatnya:
- masak susu dalam periuk dan sentiasa kacau sehingga mendidih. Pastikan sentiasa dikacau bagi mengelakkan susu hangus.
- tutup api apabila susu sudah mendidih tapi biarkan periuk atas dapur.
- masukkan 4 sudu cuka dalam susu dan kacau, susu akan bertukar menjadi dadih dan meninggalkan air dipanggil whey(aku tak tau apa dipanggil dalam bm)
- kacau rata dan biarkan selama 5-10 minit di atas dapur.
- letakkan penapis(penapis santan pun boleh) atas besen. Letakkan kain bersih atas penapis santan. Tuang dadih dalam periuk ke atas kain untuk memisahkan daripada air.
- tekan keju untuk memaksa air keluar dari keju.
- tambah sedikit garam dan tekan lagi bagi menghilangkan lembapan.
- masukkan dalam bekas atau biarkan sahaja dalam bentuk bebola.
- masukkan dalam peti sejuk. Selepas itu bolehlah dimakan seperti biasa.