السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

01 February 2012

Tips Untuk Menjadi Orang Yang Sentiasa Bersyukur



1. Setiap kali anda bangun di awal pagi, ucapkan syukur.
Ucap syukur kerana anda dapat tidur malam tadi Anda dapat rehatkan badan. Ucapkan syukur kerana anda masih hidup hari ini. Sesiapa sahaja berisiko boleh meninggal dunia ketika sedang tidur.Selepas bangum, ucapkan syukur. Tanamkan azam di dalam hati bahawa anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang anda lakukan hari ini dan seterusnya.

 

2. Ketika anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur.
Ketika anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, niatkan untuk menggembirakan hati mereka. Mereka gembira merasai hidangan anda, kesannya anda akan gembira sama. Apabila terlihat senyuman mereka, ucapkan syukur di dalam hati kerana anda berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan anda. Jangan pertikaian rasa penat, mengantuk, lemah badan, malas ataupun rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan kerana anda mempunyai seorang suami yang menyayangi anda, serta anak-anak sebagai penyeri hidup.

3. Lihat sekeliling anda, cari keindahan di sebaliknya.
Hidup anda indah sebenarnya, cuma anda mungkin tidak nampak selama ini. Lihat sekeliling anda, sekeliling rumah anda, bunga-bunga anda, dengar kicauan burung, rasai desiran angin, nikmati kehijauan dedaunan. Rasai ketenangan ketika anda menatap semua itu. Kemudian, ucapkan syukur kerana anda diberi peluang menikmati keindahan alam.

4. Jadikan tugasan sebagai peluang untuk anda berbakti.
Seorang suri rumah, pasti sangat sibuk. Memasak, mengemas, membersih, menghias. Anda pasti banyak tugas yang perlu dilakukan. Jika dilihat dari perspektif lain, tugas-tugasan seorang suri rumah sebenarnya adalah peluang untuk dia beroleh pahala. Niatkan dalam hati, anda melakukan semua pekerjaan anda dengan bakti kepada suami, kepada anak-anak, bakti kepada keluarga anda keseluruhannya. Banyakkan memberi tenaga, banyakkan main peranan. Lakukan kesemuanya dengan kasih sayang. Apa yang anda curahkan, anda akan dapat semula. Percayalah, apabila suami anda puas hati dengan apa yang anda buat, anak-anak memuji usaha anda, hati anda pasti girang dibuatnya. Syukurilah semua itu



Petua Erat Kemesraan Suami Isteri


Silap wanita sendiri jika mengambil mudah hubungan bersama suami.  Meskipun suami baik umpama pijak semut pun tidak mati, isteri perlu berwaspada agar tidak menyesal kelak.  Jikalau bimbang suami berpaling cinta, sebenarnya banyak cara yang diredai dan boleh di amalkan darpada memilih jalan songsang.  Sebenarnya. Kandungan al Quran itu sendiri terlalu banyak azimat dan pendinding yang boleh di amalkan untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. Antaranya:
  • Surah Al-Fatihah yang dibaca setiap kali bersolat boleh dijadikan sebagain surah pengasih.  Baca 311x setiap hari.
  • Surah An-Nas juga boleh dijadikan pengasih.  Antara kelebihan surah ini boleh mengundang rasa mahabbah iaitu rasa cinta.  Daya undangannya cukup hebat sehingga orang yang kita tujukan cinta itu walau berada jauh di seberang sana, Insya-Allah tetap akan datang.  Terlebih dahulu hendaklah berpuasa 7 hari dan sepanjang berpuasa, pada malamnya baca surah An-Nas 1,000x.
  • Pengasih Asma Allah bertujuan agar sentiasa dikasihi setiap orang yang memandang.  Amalkan membaca Ya Rahim sebanyak 100x setiap hari, Insya-Allah anda sentiasa di kasihi. 
  • Supaya suami sentiasa mengingati kita walau di mana dia pergi, amalkan membaca al Kalimu, al Waliyu, al Hamidu, sebanyak yang mampu dan hembuskan pada muka/ubun kepala suami
 Selain ayat al-Quran, beberapa cara boleh dilakukan isteri untuk memikat suami:
  • Air mani suami banyak kegunaannya.  Misalnya sapu pada pusat sapu searah kemudian selawat 3x.  Insya-Allah suami sentiasa mengingati kita walau di mana jua dia pergi
  • Air mani juga boleh menegang dan memengkalkan payudara dan pungung.  Caranya, sapu air mani pada payudara dan punggung, urut menghala ke atas.  Lebih elok sekiranya tangan suami yang mengurut, ia lebih berkesan dan meningkatkan kemesraan
  • Ia juga boleh di sapu pada muka sebagai penyeri
  • Manjakani memang diketahui berkhasiat terutama dalam perhubungan suami isteri.  Untuk mengembalikan tempat sulit seperti anak dara, ambil segenggam manjakani lalu direbus seketika.  kemudian kangkang kaki dan biarkan wap air rebusan tadi naik pada bahagian sulit.  Amalkan 2x seminggu
  • Juga boleh gunakan serbuk teh direbus bersama daun pandan supaya lebih wangi.  Guna cara yang sama seperti air rebusan manjakani
Segala petua dan amalan yang di lakukan biarlah berlandaskan syariat Islam.  Yang penting niat perlu ikhlas untuk kebahagiaan rumahtangga..Insya-Allah

Selawat Pelindung Diri

Tawassalna bi bismillah
Wa bil hadi rasulillah [2x]
Wa kulli 'arifin billah
Wa ahlillahi ya allah [2x]

Wa Allah
Syumu silhuda
Shuyukhil waraa
Nujuu min nada [2x]
Bihinnas lahu min kulli aza
Bi qadrillahi ya allah


"Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang yang arif mengenai Allah dan ahli Allah, Ya Allah. Ya Allah! Dengan perantaraan kaum yang mulia, cahaya hidayah, dengan perantaraan amalan kebaikan mereka, kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu, ya Allah."

Fadhilatnya: Barangsiapa banyak membaca selawat ini setiap hari akan memperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah/perantaraan Nabi Muhammad saw.