السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

29 February 2012

~Petua Melegakan Batuk Berkahak~

Salam Rabu. Batuk dan demam mula melanda kat rumah. Abang kedua dan adik dah mula di serang demam n batuk. Aima pun mula terasa macam nak demam, tekak pun bukan main gatal lagi rasa macam nak je berus ngan berus kain, gatal giler beb.. Paling kesian adik, baru je 6 bulan dah mula batuk2, nak bagi ubat memang doktor tak bagi sebab masih kecik lagi. Adik pun dah ada tanda-tanda nak asma, alahai cian anak mama. F tak baik juga petang ne kena lah bawak pi klinik, takut makin melarat lak nanti.

F Aima boleh tahan lagilah walaupun satu ofis bergema ngan batuk, eheee... Mintak ampun bos, jangan potong gaji ek, ahaaa...  Tadi mintak satu petua kat mr google, so dapatlah petua ne.  Boleh lah try bagi orang yang sama spesis macam Aima yang paling tak suka makan ubat, uhuuu...  Bagi sesaper yang nak cuba tu boleh lah try antara petua yang ada kat bawah ne.  Try salah satu je tau, jangan try semua sekaligus, Aima tak tanggungjawab nanti, semua terserah pada pilihan anda, anda yang berhak membuat keputusan, cewahhh =)

~ Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila nasi menjadi kembang, minum airnya setiap pagi.

~ Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

~ Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama 1 malam. Air itu hendaklah diminum 2 kali seminggu.

~ Campurkan 2 sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut 3 kali sehari.

~ Ambil 2 sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

~ Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau itu dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh.

~ Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk dan kahak hilang.

28 February 2012

~Petua Menambah Rezeki Kekayaan~

~ Menunaikan solat dengan penuh khusyuk.
~ Rajin melakikan solat sunat Dhuha.
~ Mengerjakan solat Fajar dan Witir di rumah.
~ Tidak membincangkan soal keduniaan selepas menunaikan solat Witir.
~ Membaca surah Al-Waqiah. Baca pada waktu tengah malam terutamanya ketika orang lain sedang tidur.
~ Membaca Surah Al-Mulk
~ Membaca Surah Al-Muzammil
~ Membaca Surah Al-Lail.
~ Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W setiap hari

18 February 2012

~Doa Untuk Suami~

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya………..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu?
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah…………
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


-Untuk yang bergelar dan bakal bergelar isteri...
Semoga kita menjadi isteri solehah..
Penyejuk hati sang suami...
Dipanjatkan doa pada Illahi..
Agar kita dapat merasai nikmat menjadi seorang isteri yang dicintai lagi dikasihi suami...insyaAllah...-