السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

23 May 2012

~Supaya Tabah Menghadapi Dugaan~

 
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya Dia akan memberinya cubaan.
(HR Bukhari dari Ab Hurairah r.a)
Allah swt menjelaskan: "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka akan mengucapkan: 'Sesungghnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kita kembali'."( Al-Baqarah:155-156)

~Dugaan Demi Dugaan~

Assalammualaikum... Banyaknya dugaan dan cubaan yang melanda hidup Aima sekeluarga bulan ini.  Kalau tak kuatkan hati memang meraunglah jawapnya.  Lepas satu dugaan tiba muncul lagi dugaan yang lain, nak nanes pun takde gunanya, uhuuuu....Tabahkanlah hati ku dalam menghadapai dugaan Mu ini Ya Allah....

22 May 2012

~Nasib..Nasib...~

Salam olz..Aduhhhh!!!! Banyaknya hal yang berlaku dalam beberapa bulan ne, uhuuuu... Baru je anak kuar dari Hospital, sekarang keta pula buat hal.  Tetiba je pagi tadi masa nak hantar anak-anak sekolah, enjin tak boleh nak start, Mr Hubby ingatkan battery dah kiok, bila cek punya cek, tengok battery dah pakai setahun, konfom lah battery dah tamat riwayat katanya (macam pomen lak laki aku ne, ahaaa....)  Mr Hubby kata dun wory lah nanti tukar battery baru.  Nasib lah bukan rosak di tengah jalan kan.  So hari ne Aima pi opis dihantar oleh driver, ekikiiii...

Lebih kurang jam 10 tadi Mr Hubby call bagi tau yang keta dah tukar battery baru n jap lagi nak amik Aima kat opis pas tu amik kakak kat Sekolah Ugama n terus hantar Mr Hubby n kakak balik rumah, fuyoooo....Nasib baiklah antara rumah-opis-sekolah dekat, f berdiri kat halaman rumah Aima dah pun nampak sipi-sipi bangunan opis, caner lah nak escape keje kan, ermmm...

Baru je nak senang hati, masa nak balik lunch time, keta buat hal lagi, tak hidup bila start, cuba gak banyak kali start tetap tak dapat, ayoyoooo....Maka terpaksalah Mr Hubby datang tuk jumper battery keta, ingatkan battery tu yang tak baik so bawak lagi pi kedai tadi tuk tukar baru.  Dah lah nak cepat-cepat amik anak sekolah, dugaan betul lah..  

Dah tukar battery baru tetap gak tak boleh hidup, alamakk...Ne mesti ada yang tak kena ne.  Bila tanya kat kawan pomen, dia kata maybe 'alternator' keta tu dah rosak n dia syorkan keta tu hantar kat workshop dia tuk check up.  F dapat repair dia akan cuba repair f tak dapat terpaksalah beli alternator baru.  Dia kata f beli alternator baru kopak gak duit dalam $900++, ayoyoooo....boleh beli gelang satu bijik beb...

So hantar lah keta kat workshop kawan Aima tu n dah bodek dia jangan mintak mahal sangat ek...eheeeee....Nampak gayanya dalam beberapa hari ne terpaksalah guna keta yang sebuah lagi.  Nasib baiklah ada spare keta kat rumah yang Mr Hubby biasa guna tuk jalan dekat-dekat macam pi jogging atau pi kebun kecil kami, sebab roadtax dah lama kiok.  N nampak gayanya peninglah Mr Hubby terkejar sana sini hantar n amik anak-anak sekolah, p takpe biar dia tahu caner susahnya wife dia ne ulang alik hantar n amik anak-anak time dia keje, ekikikiiii....

Harap-harap tak lamalah keta Aima ne masuk klinik.  Susah beb takde keta ne, nak pi sana sini pun susah.  Dah biasa bawak keta sendiri tup tup keta takde, alahaiiii.....N harap-haraplah keta ne tak mintak duit banyak, mana nak sambung insurans n road tax yang mati hujung bulan ne lagi, sabar je lahhh....