السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

18 June 2012

~Berhati-Hati DEngan Cinta Sebelum Nikah~



Hati-hati dengan cinta sebelum NIKAH.

Mula-mula ustaz-ustazah,
Kemudian awak-saya,
Kemuncaknya abang-ayang (nama sendiri) Ia bukan sekadar panggilan di bibir mungil,
tapi akan turun ke hati jadi cair macam jus koktil,
kemudian turun lagi bawah memanggil manggil.

Sekarang zaman sudah moden.
Iblis juga sudah moden.
Syaitan sudah tak guna perangkap keluar dating atau pegang tangan...
Tapi guna perangkap FB dan balas mesej / calling-calling dengan handset yang skrin luar tulisan Allah tapi dalam
'masyaAllah'.

Mungkin alasannya “saya kejut dia subuh saja”. Atau “saya selalu bagi nasihat agama pada tunang saya”.
 
 Alasannya, mesej Islamic, FB Islamic, Handset Islamic, Skype Islamic, Alasan lagi, “sebelum mesej saya siap bagi salam dengan lafaz penuh, ASSALAMUALAIKUM lagi”.

Heheh, apa nak hairan, syaitan pernah direct bicara dengan Tuhan. Jadi jangan bangga dan rasa selamat dengan topeng islamik tapi penuh polemik.
waktu cakap, sebut ukhuwwah islamiah, waktu mesej tulis 'muah muah'. waktu cakap , "apa yang boleh aku bantu?",
waktu mesej, I love u. jangan ingat iman dah power, sebab iblis lagi senior.

Iblis tak pilih bulu nak menangguk,
Orang awam tunduk,
Ustaz ustazah pun kemaruk.

JADI, HATI-HATI DENGAN PERTUNANGAN, HATI-HATI DENGAN CINTA SEBELUM PERNIKAHAN...♥

 

Sumber: Internet

14 June 2012

~Nak Cuti, Yeaaaa Yeaaaa...~

Assalammualaikum semua. Dah hari khamis pun kan, kejapnya..Hari ne Aima hepi sikit, esok nak stat cuti, yehaaaaa...Aima stat amik cuti hari jumaat sebab sabtu kan keje setengah hari, dah tu sambung cuti weekend, then isnin kan cuti ganti bagi Isra' Mikraj, kan panjang cuti tuuuuuu, sekali sekala nak rehatkan minda apa salahnya kan.  Lagi pun time anak-anak cuti sekolah ne nak gak luangkan masa ngan anak-anak, dapat lah bawak anak-anak jalan-jalan, tak kan nak biarkan terperuk kat rumah je, sian anak-anak.

So hari ne Aima settlekan semua keje, tak nak lah dah cuti nanti Miss Bos call nak tanya itu ini, macam bukan cuti pulak kan (tapi memang dah menjadi kebiasaan hari cuti ku di ganggu, uhuuu...)
 

13 June 2012

~Renung-Renungkanlah~

Mari kita hayati kata-kata di bawah ini.  Sekadar untuk renungan kita bersama =)
 
Tak laku tak apa - asal tidak murahan 
Tak ada duit tak apa - asal jgn tak ada maruah 
Ttak popular tak apa - asal tidak gila glamour
Ttak kaya tak apa - asal tidak miskin akhlak
Ttak mewah tak apa - asal sederhana tanpa duit haram 
Tak cantik menawan tak apa - asal teguh menutup aurat
Tak dipandang mulia tak apa - asal Allah beri rahmat dan redha 
Insya Allah kita akan d pandang mulia....