السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

05 November 2012

~Di Tanduk Kambing~

Assalamualaikum semua.. Boring sangat hari ne, nak buat keje pun rasanya yang nak di submit besok dah siap.  Keje yang lain tu kiter tangguh dulu ye, hikhikhik...

Korang pernah kena tanduk kambing tak?  Aima pernah la minggu lepas, uwaaaaa... Sakit woo sampai bengkak kaki dibuatnya.  Ingatkan kambing ne ok sebab tengok selalu bapak Aima bawak dia kuar dari kandang ok je, tak wat hal.  Tu yang Aima berani nak tarik tali dia.

Kisahnya macam ne, masa tu mama n adik Aima nak balik rumah.  Aima, mama n adik baru je balik jalan n kebetulan pulak kambing tu lepak betul-betul dekat jambatan penghubung longkang antara rumah Aima n rumah family.  Alaa longkang tu kecik je dalam satu langkah.  Tapi bapa Aima dah buatkan jambatan atas longkang tu (ne mesti nak imbas kembali memori Kampung Ayer ne, eheheee..) supaya senang nak lalu, ok lah kan. Disebabkan mama n adik Aima takut kambing tu tanduk dorang so Aima pun kononnya nak tunjuk terer lah ngan menarik tali kambing tu agar menjauh dari jambatan.

Mula-mula memang dia ikut je, dah semua orang melintas jambatan n masuk rumah, Aima pulak plan nak tarik kambing tu n bagi makan rumput kat halaman belakang rumah Aima, boleh lah save energy Mr Hubby dari potong rumput, ekikikiiii...  So ngan penuh konfiden Aima tarik la kambing tu bawak keluar.  Nak di jadikan kisah tetiba je kambing tu meluru n tanduk kaki Aima tepat kat lemak kaki dekat lutut, adooyaiiiiiiiiiii..punyalah sakit hati n sakit kaki.  Rasa nak sembelih saat tu gak, huhhh!!!! bencinyeeeeeeeeeeeeeeee..........

Nasib baik ada adik lelaki Aima yang ngam jenguk kat pintu n Aima terus panggil dia suh tarik kambing tu bawak jauh sikit sebelum Aima ketuk kepala dia ngan besi, huhhh!!!! Yang peliknya bila nampak adik Aima ok je dia, ngikut je bila kena tarik, eeeeeeiiiiiii....

Punyalah sakit kaki pai bengkak hijau kebiruan, nasib baik tak kuar warna pelangi, eheheee...Sakit rupanya kena tanduk ne kan, ngatkan tak sakit, rupanya sakit gilerrrrrr..  Tobat Aima tak nak dekat ngam kambing lagi, bengkaknya sampai sekarang masih ada wooo =(

02 November 2012

~Perkara Yang Tidak Dapat Dikembalikan~

 
Ada beberapa perkara yang tidak dapat kita kembalikan dalam dunia ini, antaranya ialah:

- Apabila kita baling batu maka kita tidak akan dapat mengembalikannya.
- Apabila kita telah tersalah cakap maka kita tidak akan dapat tarik balik percakapan itu.
- Apabila kita telah mensia-siakan sesuatu peluang yang telah datang kepada kita, maka peluang yang sama tidak akan datang balik kepada kita.
- Apabila kita telah tinggalkan zaman muda atau remaja kita, maka kita tidak dapat mengembalikan remaja kita semula.Oleh itu marilah kita menggunakan peluang yang datang kepada kita dengan sebaik-baiknya.

28 October 2012

~Rezeki Aidiladha~

 
Asalamualaikum semua.  Alhamdulillah.  Bersyukur sangat-sangat atas rezeki Allah SWT tahun ini.  Sempena Aidiladha tahun ne kawan baik Aima ada bagi seekor kambing jantan.  Kawan baik Aima tu berbangsa Cina.  Walaupun bukan beragama Islam tapi kawan ne suka mengamalkan budaya Melayu.  Macam setiap kali Hari Raya Aidilfitri dia dan suami akan menyediakan makanan untuk para pekerja suami dia.  Bukan dia masak lah tapi dia order makanan dari Katering dan raya tahun ne dia pun order banyak masakan dan makan dari Aima jugak, Alhamdulillah.  

Menurut kata suami kawan ne, katanya semua pekerja dah bersusah payah siapkan kerja dan projek jadi ini lah masanya dia nak balas budi baik semua pekerja.  Dan katanya lagi pekerja ne kan jauh dari keluarga so apa lah salahnya dia nak mengembirakan hati dorang, betul gak kan, tak rugi berbudi ngan orang yang telah banyak berjasa pada kita.

Begitu juga tiap kali Hari Raya Aidiladha walaupun tak menyediakan makanan seperti Aidilfitri tapi setiap tahun suami kawan ne akan membeli 2 ekor kambing tuk semua pekerja-pekerja beliau.  Maksud Aima bukanlah setiap pekerja di beri 2 ekor kambing tapi semua pekerja share 2 ekor kambing tu tuk dimasak dan makan sama-sama, baru lah adil.  Mereka di beri cuti 1 hari tuk sembelih dan memasak kambing-kambing tersebut, macam gotong royong =)
Tahun ne pulak dah jadi rezeki Aima n keluarga bila suami kawan Aima tu beri seekor kambing jantan.  Mula-mula nak sembelih nak buat bbq.  Sebab sedekah dari orang yang bukan beragama Islam tidak boleh di buat Korban ataupun Aqiqah.  So Aima minta lah pendapat bapa Aima, Aima serahkan bulat-bulat pada bapa tuk buat keputusan samada nak pelihara dulu atau terus nak sembelih.  Bila bapa Aima kata pelihara je dulu, besok-besok bila dah gemuk sikit barulah sembelih, Aima n Mr Hubby terus setuju.  Mr Hubby tu bukan apa, dia tak reti nak bela kambing, eheheee...

Sekarang kambing jantan tu masih dalam peliharaan, Alhamdulillah.  Memang tak di sangkakan Allah beri Aima rezeki yang memang tak di sangka, Syukur Alhamdulillah..Anak-anak pun suka sangat ngan kambing ne terutama anak yang kecil sampaikan tengah malam pun f dia terjaga ajak Aima pi luar nak tengok kambing, alahaiii.. Takut pulak bukan kambing yang nampak tapi ????  eheheeee...