السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

24 January 2013

~5 Kelebihan Senyuman~

Hanya dengan senyuman sebenarnya mampu untuk membantu mengubah kehidupan seseorang. Senyuman juga adalah merupakan bahagian paling unik yang ada pada diri anda. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, antara rahsia disebalik senyuman adalah..

(1) Membantu memanjangkan hayat seseorang - Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini.

(2) Mempengaruhi minda separa sedar - Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.

(3) Mempengaruhi orang lain - Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.

(4) Senyuman tulen dan senyuman palsu - Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu. Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.

(5) Rawatan muka - Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.
 
 
Senyum itu sedekah so marilah kiter senyum sokmo, eheheheee...
 

~Salam Maulidur Rasul~

Assalamualaikum dan selamat menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434. Selawat dan 
salam ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad ...

23 January 2013

~Pesanan Dan Ingatan Buat Suami~


 
Assalamualaikum semua.Terlebih rajin pulak hari ne, ahahaaa..  Tadi masa godek-godek blog ne, ingatkan nak delete mana-mana n3 di dalam draft yang berjumlah 1++ maka terjumpa la ngan artikel ne.  Baca punya baca memang kelas la artikel ne.  Aima pun lupa dapat dari mana, tapi memang dapat dari tenet la, dari mana lagi kan, eheheee...

So Aima nak share la ngan korang, maybe korang pun pernah baca tapi tak salah kan nak share kat blog ne, untuk bacaan Aima jugak.  Bila baca memang banyak yang betul ngan kenyataan tersebut, ye lah kan kekadang sebagai isteri terasa diri tak di hargai dan kekadang rasa tertindas, tapi tak selalu lah, kekadang je time moody n marah, ahahaaa..

Jom layanzzzzzzzzzzzzzzzzz......
 
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

 2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”