السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..
08 December 2014
30 November 2014
01 October 2014
Petua Melayan Suami Ketika Di Rumah
1. Sentiasa berada dalam
keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah
dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.
2. Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis
ketika suami pulang dari bekerja kerana tiada susahnya untuk
menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak
mampu mengurangkan keletihannya.
3. Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.
4. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.
5. Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda
minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.
6. Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking
7. Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan
amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka
menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.
8. Ada kalanya
suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan menyentuh perasaan,
janganlah terlalu dan cepat merajuk. Tanamkan sikap untuk menjadi lebih
sporting bukan lebih sensitif.
9. Bergurau sendalah dengan
suami, ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah
satu ibadah yang diredhai Allah S.W.T
Subscribe to:
Posts (Atom)