السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

21 March 2013

~Planning Malam Jumaat~

 
Assalamualaikum.  Salam Khamis n salam malam Jumaat @,@  Alahai semacam je tajuk n3 ne, biar orang saspen sikit, ahahaa... 

Korang ada planning nak ke mana-mana ke petang ne? Plan Aima pulak petang ne atau malam karang nak hantar baju pi Kedai Jahit, sempat siap ke tak nanti ne.  Nak pakai Ahad depan tapi sampai sekarang ne baju belum potong lagi, uhuhuu.. Orang dah bagi awal kain tuk buat baju tapi Aima ne yang takde masa nak hantar kedai.

Sebenarnya cazen Aima kawin minggu depan so dorang sponsor kain sorang satu tuk family kami, tapi untuk para isteri je tau, tuk suami n anak-anak kenalah keluar bajet sendiri, ermmmm... Kena mintak sponsor kat Mr Hubby la jawapnya, ahahaaa..

Sejak minggu lepas lagi kaum keluarga berkumpul kat rumah anty Aima tu, saja-saja je nak memeriahkan suasana berjaga-jaga sebelum hari persandingan.  Sambil berkumpul tu boleh lah ber karaoke n membungkus barang tuk buah tangan para jemputan nanti.  Sambil tu jugak boleh lah berborak tak ingat dunia bila jumpa ngan cazen n saudara mara yang jarang bersua muka, memang happening habis.  Biasalah dalam berkumpul tu tentu terimbas kenangan semasa kite nak kawin dulu, fuyooooo...nostalgik tu.

Semalam pun Aima balik rumah jam 11.30 malam.  Sampai rumah bukan dapat tidur terus, amik masa jugak nak lelapkan mata.  Nasib baik anak-anak sampai rumah terus tidozzzzz... Jam 1 lebih kot baru dapat berkelana ke alam mimpi.

Mengantuk cane sekalipun mata ne awal pagi dah terjaga, macam ada alarm.  Selesai solat terus mata tak dapat tido.  Ye la cane lah nak tido f Adik dah terjaga, selagi tak bangkit dari katil selagi tu lah dia kacau suh bangun, bertuahnye anak mama..

Selesai menyediakan sarapan, ala yang simple je, Mr Hubby terus ajak hantar keta Aima pi klinik, supaya jalan tak jem katanya.  Lagi pula dah janji ngan Mr Pomen nak hantar awal pagi supaya senang dia nak cek n buat apa yang patut.  harap-harap cepat lah kau siap ye Mr Car, tak kuasa i nak tunggu lama-lama, eheheee..

K la olz, jumpa lagi di lain waktu, Aima nak siap-siap nak balik rumah dah ne, walaupun ada masa setengah jam lagi waktu balik, huahahaaa...

Assalamualaikum semua, byeee...

Rezeki Allah

 
Assalamualaikum olz.. Alhamdulillah bulan ini adalah bulan rezeki.  Rezeki datang dari berbagai sudut, rezeki yang di duga dan tak di duga.   Rezeki untuk anak-anak sentiasa ada, Syukur Alhamdulillah. Semoga hari-hari mendatang bertambahlah rezeki Aima, keluarga n semua umat Islam di dunia ini, Amin...

20 March 2013

~Sakit Punya Cerita~

Assalamualaikum n salam Rabu.  Harap semuanya sihat-sihat je ye.  Aima sekarang ne memang kurang sihat,demam + selesema + batuk + sakit tekak + muntah-muntah (tapi bukan yang itu itu ek...) pokoknya pakej gitu lho, ehehee... Nak pi keje pun malassssss tak terkata.  Nasib baik keje banyak yang dah siap so tak la sibuk-sibuk nak kejar dateline.
Anak-anak kat rumah pun semua kurang sihat.  Adik kena demam n asma, yang kakak pulak batuk n selsema.  Abang yang 2 orang tu pulak selsema, Mr Hubby pulak sakit-sakit badan (tanda nak demam tu..) Yang Bibik pulak kata asyik sakit kepala n pening-pening.  Alahai semua tak berapa sihat. 

Dah lah penghuni rumah tak sihat, sekarang ne kereta pulak terjangkit sama, asal jalan je mula lah terbatuk-batuk, signal nak masuk klinik la tu, nasibb nasibbbb...  Nampak gayanya kena hantar kereta pi jumpa doktor la ne besok, ermmmm... Nasib baik anak cuti sekolah so tak lah risau sangat. Harap-harap cepat lah ko sembuh ye mr car, kopek poket i tau f salu macam ne, aduiiii...