السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

19 April 2010

Ayam Percik

Sebenarnya resipi ayam percik ne Aima dapat dari kawan berbangsa cina yang berasal dari Sarawak..walaupun kwn Aima ne cina tapi selera dia sama cam kita. katanya dari kecik dia skeluarga tinggal di perkampungan melayu n dh terbiasa ngn mskan melayu..lidah belacan gak lah dia ne..p resepi ne Aima modified ckt lah spaya ngam dgn selera tempatan..

Bahan2:
1 kg ayam- di belah empat bahagian
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
2 sudu makan lada kisar
1 sudu teh serbuk kayu manis
4 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 helai daun kunyit - dihiris
3 helai daun limau purut - dihiris
garam
gula

Cara2nya:
-kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga hancur
-gaulkan ayam bersama bahan kisar, cili kisar, serbuk kayu manis, garam, gula, daun kunyit dan daun limau purut. Perap selama 5 jam atau semalaman dalam peti sejuk
-kemudian masukkan ayam tadi bersama santan pekat dan cair kedalam periuk
-masak dengan api perlahan hingga kuah pekat dan sedikit kering. Kacau selalu bagi mengelakkan santan hangus
-setelah itu bakar atau panggan ayam hingga garing
-semasa proses pembakaran sapu lebihan kuah masakkan tadi ke atas ayam menggunakan serai
-sedap dimakan bersama nasi atau kuah kacang

p/s: ayam percik ne tahan lama jika disimpan dalam freezer..cuma panaskan dlm micro jika nak makan..try lah..

No comments:

Post a Comment