السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

20 April 2010

Khasiat Peria

Peria sejenis sayuran yg agak pahit rasanya. Kebanyakan org tidak menggemarinya. Namun sesuatu yg pahit pasti mempunyai khasiat. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin & kalsium.Dipercayai sejak zaman purba lagi bhw peria digunakan untuk merawat penyakit seperti:

Kencing manis
Caranya minum perahan dpd 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Bijinya yg dihancurkan boleh dicampur ke dlm makanan. Selain itu, ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.

Merawat buasir
Caranya, campurkan perahan daun peria ke dlm segelas susu & minum setiap pagi selama sebulan. Akar yg dihancurkan boleh disapu pd tempat buasir.

Mengatasi masalah darah kotor
Darah kotor boleh menyebabkan penyakit bisul, kudis buta dan rasa gatal. Caranya dengan mencampur segelas perahan peria & secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan.

Masalah ketagihan alkohol
Rebus air daun peria lalu di minum.

Walaupun kurang digemari, peria mempunyai nilai perubatannya sendiri. Ia mengandungi tonik bertindak sebagai julap & mampu meningkatkan selera makan.Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dlm air garak sebelum dimasak

No comments:

Post a Comment