1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2.
Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab.
Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan
menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki
meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan
anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya,
kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita
lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah
meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri,
jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3.
Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia
menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai
keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan
cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang
menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung
sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan
janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya
lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari
Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu
hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan
melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau
rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya
akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6.
Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri.
Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah
kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila
seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk
lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu
lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak
menggemarinya.
No comments:
Post a Comment