25 April 2012

~Air Kunyit~

 
Salam Rabu.  Hari ne memang moody sikit, emosi susah nak kontrol.  F ikutkan hati memang asyik nak marah je, nape ek.. Bestfriend nak datang kot, ermmm.. Badan pun lesu semacam.  Bak kata Mr Hubby muka macam ayam nak bertelur, ye ke??? Oooooo... Gaknya Mr Hubby ne pernah serang hendap ayam bertelur ek, ahaaaa...Ada-ada je nak kenakan kita ye..

Bila badan rasa lesu dan tak bermaya ne kan, baru Aima teringat tiap kali habis melahirkan tentu MIL suruh minum air kunyit.  Masa 1st anak dulu, berbotol-botol air kunyit yang MIL buatkan, cuma Aima ne je yang kadang-kadang tak minum, eheeee....Bukan apa takut Mr Hubby komplen bau kunyit (alasan je tu) uhuuuu.... Dah anak kedua dan ketiga pandai-pandailah buat sendiri, maklumlah dah hidup sendiri, kenalah berdikari dan buat semua sendiri.  Tapi MIL memang tak pernah lupa nak ingatkan untuk minum air kunyit agar badan tak lesu.  Memang ada baiknya gak jadi menantu pompuan satu-satunya ne kan, ye lah f sayangkan anak lelaki tunggal kenalah sayang menantu pompuan tunggal ne gak, uhukkkkkk~~~~ ~,~

Tapi dah melahirkan anak ke empat ne memang Aima tak minum air kunyit sebab hari-hari minum pati ikan haruan n sup ikan 'dalak' (haruan daaaa...) yang bapa Aima tolong masakkan.  Kesian kan bapa Aima tu hari2 terpaksa masak tuk anak dia ne, uhuuu... Dah minum pati ikan haruan hari-hari manalah ada masa nak minum air kunyit (cehhhh!!!! alasan je... ahaaaa)

So tengah sibuk buat keje yang melambak kat ofis ne, tetiba je teringat nak buat air kunyit.  Biasa lepas minum air kunyit ne rasa segar je badan.  Aima plan nak buat lunch time ne lah boleh gak bawak pi ofis daripada minum Neslo hari-hari kan..

K hari ne Aima share caner nak buat air kunyit tu ye.  Ne yang MIL ajarkan.  Dulu Aima buat berbotol-botol dan simpan dalam peti sejuk.  Bila nak minum Aima tambahlah air panas sikit biar rasa dia suam-suam.  Korang pun boleh try gak.  F malas nak buat hari-hari, buatlah 1 botol dan simpan dalam peti sejuk so bila-bila masa boleh minum.
Air Kunyit
Bahan-bahan:
(Aima tak dapat nak bagi sukatan cos dah biasa main campak baling je)
Kunyit
2-3 keping Asam Kulit
Secubit garam
Air secukupnya

-Blend kunyit tadi hingga hancur (bila rajin sangat boleh gak di tumbuk hingga hancur)
-Kemudian masukkan dalam cawan dan masukkan asam keping, garam dan air secukupnya.
-Bila agak-agak asam keping dah kembang dan air pun suam-suam kuku, bolehlah di minum.

Buat sendiri ne lebih fresh dari beli yang dah siap yang dah di proses jadi serbuk tu.  Lagipun kita tahu apa bahan yang kita campurkan dan yakin kehalalan dan kebersihannya.  F beli memang mahal lah, ada yang jual $10 satu botol  besar, memang tak berbaloi kan.  Buat sendiri lebih jimat dan boleh tambah kurang bahan mengikut tekak kita yang menelan ne hahh.. K la olz, Aima pun nak siap-siap nak balik lunch ne (semangat beb nak balik umah walaupun time abis keje kul 12) eheeee... Insya Allah nanti Aima sharekan gambar air kunyit yang Aima buat.  Aima memang rajin amik gambar masakan ke, suasana sekitar ke, cuma malu nak share sebab  Aima tahu hasil tangan Aima ne tak skreatif dan secantik gambar yang orang publish kat blog, malu beb, uhuuu...

Selamat mencuba @,@

 




~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com