10 April 2012

~Resepi Untuk Berjaya~

Salam Selasa. Pagi tadi masa search dokumen dalam lappy untuk print projek anak yang sulung, 'kakak', Aima terjumpa artikel ne, tak pasti sape yang copy artikel ne, mybe kakak yang copy.  Ye lah kan lappy ne lebih banyak kakak yang bukak dari mama dia, ermmmm...Bila baca punya baca, bagus gak untuk kita amalkan dalam kehidupan sehari2, untuk motivasi diri sendiri n untuk anak2.  Rasanya kakak pun dapat dari tenet bahan ne.  Takpe lah kan c&p untuk kita kongsi bersama-sama.  Pada sape yang punya artikel ne, mintak halalkan ye =)

 Resepi Kejayaan
Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia 
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
 8 sudu teh rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
~ Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. 
~ Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. 
~ Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . 
~ Biarkan adunan menjadi lembut. 
~ Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. 
~ Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. 
~ Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. 
~ Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.
 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com