Assalamualaikum semua. Salam Jumaat di Bulan Puasa yang pernuh berkat ini. Dah seminggu kiter berpuasakan. Dalam beberapa minggu saja lagi kiter akan memasuki bulan Syawal (awalnya fikir nak beraya, eheheee..) Sebenarnya dalam keterujaan nak sambut Syawal, hati tetap berasa sedih nak meninggalkan bulan Ramadhan, apakah masih ada Ramadhan yang akan di lalui di tahun mendatang? Doa dan harapan Aima agar masih di panjangkan umur, di sihatkan tubuh badan dan dimurahkan rezeki untuk bersua lagi di bulan Ramadhan di tahun akan datang, amin.
Tahun ne memang semangat Puasa dan Raya lebih sikit. Anak-anak dah mula menunjukkan perubahan yang memberangsangkan, Alhamdulillah.. Kakak dah mula berpuasa penuh dan tak tinggal solat. Abang (anak kedua) juga dan mula belajar nak menghabiskan puasa satu hari walaupun sering menangis sebab tak tahan lapar, eheee...Tapi kekadang tu terlajak gak puasa setengah hari, lebih-lebih lagi bila balik dari sekolah, katanya penat n rasa tak bermaya, ahahaa...
Anak kedua, Abang B lak masih bertatih puasa setengah hari, balik sekolah je terus mintak nenen dari Bibik, uhuhuuu... Dan Alhamdulillah anak-anak dah mula solat baik secara sendiri atau dengan sesama mereka, Syukur Alhamdulillah Ya Allah.. Anak yang paling kecik pulak iaitu adik dah semakin aktif, tak reti nak duduk diam. Semua benda dia nak kacau n semua aksi kakak n abang-abang dia nak ikut, aduyaiii...Dalam berpuasa ne terasa letih gak nak kejar adik ke sana kemari, walaupun belum pandai berjalan lagi tetapi cara dia merangkak mengalahkan Komando dalam hutan, eheheee...Terasa sangat bahagia melihat perubahan anak-anak, Alhamdulillah..
Mr Hubby lak masih macam biasa cuma agak diam sikit dalam bulan puasa ini, penat puasa kot, uhuhuuu... Tapi memang Mr Hubby ne pendiam orangnya, tak sepadan ngan wife dia yang kuat bercakap ne, ahahaaa....
Minuman kegemaran anak-anak |
So apa menu korang di bulan puasa ne? Aima 1st puasa semua makan kuih n masakan tunjuk, malas nak masak. Lagipun nak penuhi selera Mr Hubby n anak-anak yang nak makan itu ini so bawak je lah ke Gerai Ramadhan n suruh dorang pilih apa yang dorang nak, sedar tak sedar kopak gak lah duit dalam $40 tuk satu hari, f hari-hari macam ne makin tipis lah beg kiter =) tapi takpelah kan setahun sekali.
Puasa kedua barulah separuh masak sendiri tuk hidangan berbuka n separuh lagi biasalah kuih tunjuk. N Alhamdulillah takde pembaziran pun sebab anak-anak makan semua sampai ada yang sakit perut kekenyangan.
Hari ne pulak Aima dah plan macam-macam menu nak masak tuk berbuka n nak ajak Mr Hubby ke gerai Ramadhan tuk beli sikit kuih tuk berbuka, nak buat rasa malas pulak tambah lagi bila Aima sorang je yang nak makan, kan membazir tu bila masak banyak, nak masak sikit rasa malas lah pulak so beli lah sikit tuk tekak sendiri. Nanti pun nak suruh anak-anak pilih sendiri apa yang dorang rasa nak makan.
K olz Aima nak mintak diri dulu ye, ada keje nak buat. Lagipun bila dah siap semua keje yang Miss Bos suruh ne Aima nak teruskan keje jahit menjahit manik baju raya anak dara Aima (siap bawak opis lagi, ahahaa...) Ye lah kan daripada duduk termenung kira jam nak balik rumah lebih baik menjahit manik lagipun Miss Boss tak marah, dia lagi tengok n tanya caner nak buat, sporting kan, eheheee...
K olz, Selamat berpuasa n Assalamualaikum ~,~
No comments:
Post a Comment