Salam Jumaat semua. Susah sangat hati hari ne, rasa bersalah n nak nangis pun ada. Tadi pagi anak kecik Aima iaitu Adik yang baru berumur 1 tahun 1+ bulan jatuh dari katil, uhuhuuuu... Masa tu Aima ada kat dapur buat minuman pagi, Mr Hubby lak ada kat luar rumah manakala Adik masih tido atas katil kami. Aima dah letak banyak bantal n selimut di sekeliling katil bagi mengelakkan Adik jatuh. Adik dari umur 6 bulan dah tak nak tido dalam katil dia, bila letak je tentu nangis so Aima letak lah Adik tido tengah-tengah antara Aima n Mr Hubby sebab Adik ne tido lasak, takut jatuh dari katil tu yang letak tengah-tengah.
Tapi apa yang Aima takutkan selama ini terjadi pagi tadi uwawaaaa..... Baru tinggal sekejap buat minuman dah terjadi perkara yang tak di ingini. Tau-tau je dengar suara adik nangis dengan kuat, terus Aima n abang lari masuk bilik n tengok adik dah tertiarap di sebelah katil. Mengucap panjang Aima di buatnya sampai tak terasa menitik airmata. Cek seluruh kepala n badan Adik takut ada yang berdarah ke apa. Mula-mula tak la nampak ada apa-apa tetapi selang beberapa minit tengok kepala Adik ada benjol ngam-ngam kat ubun-ubun dia, Ya Allah selamatkanlah anak aku, uhuhuuuu...
Adik lak nangis tak henti-henti mybe sebab terkejut n masih mamai dari tidur. Aima peluk n cium adik tuk redakan tangisan dia, nasib baik Adik tak nangis lama, takut tau. N nasib baik Mr Hubby tak marah mama dia ne, uhuhuuu... Kata Mr Hubby perkara dah nak jadi, kita elak caner sekali pun pasti akan jadi jugak, uhuhuuu...
Dah adik stop nangis Aima terus google apa perihal anak jatuh dari katil, takut membahayakan anak kan. Setelah di baca ngan teliti adil n seksama, Alhamdulillah semua tu tak di alami oleh Adik, Allahu Akbar, bersyukur sangat-sangat tapi dalam masa 24 jam ne Aima akan perhatikan setiap perubahan Adik. Rasa tak larat nak masuk opis tapi kena gagahkan diri gak tuk cari rezeki tuk anak-anak.
Aima pun dah pesan kat bibik suh pantau adik n jangan biarkan dia sorang-sorang, biarlah rumah tak terurus asalkan anak-anak selamat, uhuhuuu...Risau beb.. Ya Allah lindungilah dan selamatkan anak-anak ku dari perkara yang boleh membawa keburukan dan jauhkanlah anak-anakku dari apa jua perkara yang tidak baik. Selamatkanlah anak-anak ku Ya Allah....Hanya Kau yang Maha Mengetahui apa yang ku rasakan saat ini... (uhuhuuuu)
Aima mohon kat sape-sape yang baca N3 ne tuk sama-sama mendoakan agar Adik tak apa-apa ey, thnx olz.. Semoga Allah membalas budi baik korang dengan beribu kebaikkan, amin..
Kat sini Aima share kan apa yang Aima baca dari Google tadi, semoga memberi manfaat buat kita semua, amin..
Jika Bayi Jatuh Katil
Pada umur anak 5 bulan ke atas si manja anda sudah boleh bergolek2 jadi
perlu pengawasan yg lebih supaya si manja anda tidak terjatuh.
Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan
Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.
Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan
Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.
Dan baca juga artikel di bawah ini yang Aima baca dari sebuah blog, mohon share ye..
Apakah jenis jatuhan yang perlu kita risau?
Keadaan paling biasa adalah bayi jatuh katil, sofa, kerusi kereta
bayi atau stroller.. Semua ini biasanya melibatkan ketinggian setakat 1
ke 2 kaki.. Dan biasanya jatuhan jenis ini tidak melibatkan kecederaan
yang serius walaupun jatuh pada lantai yang keras…
Kadang-kadang objek seperti lampu atau bakul jatuh ke atas bayi.. Keadaan ini juga jarang melibatkan kecederaan yang serius..
Bayi yang sudah berjalan dan berlari pula kerap melanggar sesuatu
sewaktu berlatih kemahiran baru ini.. Biasanya ia juga tidak melibatkan
kecederaan yang serius kecuali jika ada luka yang memerlukan jahitan.
Satu lagi jenis jatuhan yang biasa berlaku adalah bayi jatuh sewaktu
didokong oleh orang dewasa..
Sekiranya orang dewasa tersebut sedang
berlari dan jatuh menimpa bayi, ini boleh menyebabkan kecederaan serius.
Tetapi sekiranya orang dewasa tersebut berjalan dan bayi terjatuh, biasanya bayi tidak mengalami kecederaan yang serius.
Jatuhan dari ketinggian melebihi 3 kaki seperti meja, kabinet dapur,
almari boleh menyebabkan kecederaan yang serius, terutamanya jika jatuh
ke atas lantai yang keras.
Apa yang perlu dilakukan jika bayi jatuh?
1. Pujuk anak anda. Bertenang dan tidak panik. Adalah lebih mudah
untuk menilai tahap kecederaan anak apabila anda dan anak berada dalam
keadaan tenang.
2. Jangan telefon kecemasan atau berkejar ke hospital. Belum lagi!
3. Periksa kepala, otot dan badan anak untuk sebarang luka, lebam,
bengkak, calar atau sebarang perubahan yang tidak normal. Buka seluruh
baju anak untuk memudahkan anda memeriksanya. Jika anda tidak menemui
sebarang luka, lebam atau bengkak pada kepala dan badan anak,
kemungkinan besar tidak ada apa yang perlu anda risaukan.
4. Jika anda mengesan luka, lebam atau perubahan yang tidak normal,
atau anak anda kelihatan lemah untuk jangka masa yang lama segeralah ke
hospital berdekatan.
5. Periksa juga kecederaan kepala..
Apakah tanda-tanda anak mengalami kecederaan kepala sewaktu jatuh?
1. Pengsan atau pitam.. Walaupun 1 minit…
2. Muntah..
3. Keadaan mental yang tidak normal..
4. Tidak stabil apabila berjalan..
5. Menangis berpanjangan..
6. Anak mengadu sakit kepala..
7. Tanda-tanda pada mata seperti juling, anak mata tidak sama saiz,
kelakuan seperti melanggar sesuatu atau trip apabila berjalan/ berlari..
8. Untuk anak yang lebih besar, mereka mungkin komplen penglihatan kabur atau double..
Semoga anak-anak kita semua dijauhkan dari perkara yang boleh membawa keburukan dan kesakitan, aminnnn......
No comments:
Post a Comment