السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

21 September 2012

~Tips Pembuka Pintu Rezeki~


 
Apabila kita mengalami kesusahan di dalam mencari rezeki, janganlah rungsing sebaiknya kita harus muhasabah diri mencari penyebabnya,mungkin kita terlalu boros atau  kerana kurang berhati-hati.

Marilah kita sama-sama mengamalkannya, Insya Allah..

~ Setiap hari jumaat bersedekah lah sekurang-kurangnya kepada 7 orang anak yatim.
 
~ Setiap bertemu dengan orang buta yang meminta-minta segeralah diberi atau bersedekah dengan seikhlas hati.

  ~
Ikhlaskan lah jika ada orang yang berhutang kepada kita tetapi tidak mampu membayar semula hutang piutang tersebut

  ~
Selalu cium tangan  rakan atau saudara mara sekiranya  dah lama tak berjumpa .
 

~ Silaturahim kepada orang yang rajin mencari wang dan gigih berusaha.
 
~ Jangan bergaul dengan orang yang suka mengeluh/susah, tetapi bantulah mereka semampu yang boleh.
 
  ~
Jaga tempat air mandi/minum dan lainnya, jangan biarkan hingga kosong.
 
 
~ Pelihara tanaman/haiwan yang membawa  rezeki.
 

No comments:

Post a Comment