Beberapa baris wirid yang dibaca selepas solat, selain dipetik dari
Al-quran, ada ‘asbabun nuzul’ atau rentetan dari sebuah peristiwa
tersendiri yang membawa kepda pengamalnya. Barangkali dari itulah ia
diangkat menjadi bacaan yang diambil dari surah Ali Imran, ayat 26 dan
27.
Rasulullah s.a.w. telah mengkabarkan kepada Sayaidina Muaz Bin Jabal r.a akan kelebihan wirid tersebut. Baginda juga telah memberikan sebuah doa kepada seorang sahabat yang bernama Abu Umamah r.a. Dan doa itu mengandungi khasiat yang sama seperti wirid yang telah diajarkan kepada Muaz Bin Jabal.
Mari kita selami kisah ini bersama-sama..
“Aku tidak melihatmu di masjid semalam,” Rasulullah s.a.w. menegur Sayidina Muaz Bin Jabal r.a, sesesai berjemaah Zuhur.
“Maafkan aku, wahai Rasulullah. Aku tidak berpeluang untuk menunaikan
solat Jumaat semalam. Semasa dalam perjalanan ke masjid, aku telah
dihalangi oleh seorang kaum Yahudi. Aku dikurung dirumahnya dan tidak
dibenarkan ke mana-mana,” jawab Sayidina Muaz dengan panjang lebarnya.
“Kenapa?”
“Aku telah banyak berhutang kepadanya,” akui Sayidina Muaz
terusterang. “Sehinggalah aku merayu dan berjanji akan menjelaskan
hutang-hutangnya apabila beroleh wang nanti, barulah aku dilepaskan,”
Rasul tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Saydina Muaz berkata, ” Aku
ajarkan kepadamu dua potong ayat. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”
“Mahu..mahu, wahai Rasulullah,” jawab Saydina bersungguh-sungguh.
Rasulullah s.a.w. pun membacakan dua ayat al-Quran dari Surah Ali
Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Sayidina Muaz mendengarnya dengan cermat
dan teliti, sebelum ikut membacanya semula. Selepas itu dia terus
mengamalkannya dua potong ayat yang banyak khasiatnya itu. Sehingga
Saydina Muaz menjadikan ayat tersebut sebagai wirid hariannya.
Surah Ali Imran Ayat 26.
Katakanlah, “Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau memberikan kerajaan
kepada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan melucutkan kerajaan
daripada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau memuliakan siapa
yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau menghinakan siapa yang Engkau
mengkehendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa
atas segala sesuatu.
Surah Ali Imran Ayat 27.
Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan
siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup
daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang
hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau
mengkehendaki tanpa perhitungan.”
Berkat daripada kata-kata Rasulullah tersebut, akhirnya Sayidina Muaz
telah menjadi orang yang berjaya dan maju dalam bidang perkerjaannya.
Dengan jayanya itu membolehkan ia melunaskan semua hutangnya.
Subahanallah ^_^
No comments:
Post a Comment