01 December 2012

~Pahit Manis Kehidupan Berkeluarga~

 
Assalamualaikum semua.  Dah lama rupanya tak update blog kesayangan ku ini, eheheee...Penyakit M datang melanda sejak kebelakangan ini.  Lagi pun banyak keje n urusan yang hendak di selesaikan.  Komitment pun terlalu banyak dalam kehidupan sehari-hari.  Anak yang kecik tu pun dah tak nak renggang lama-lama dari Aima.  Boleh di katakan setiap hari f nak pi keje kena main hide n seek dulu.  Pantang tengok Aima pakai tudung mulalah paut kaki, buat muka kesian n nangis macam orang kena cubit.  Kekadang tu bila nampak Aima pakai tudung n bawak handbag mulalah dia cepat-cepat amik sandal ke kasut ke n lari tunggu depan pintu, ahahaaa...Rasa kesian gak tengok adik salu nangis bila tau Aima nak pi keje tapi nak buat macamana, keje tetap keje kan, lagi pun untuk kesenangan anak-anak jugak, ye tak??? =)
Sepanjang minggu lepas memang rasa kelam kabut sikit n rasa tak cukup masa.  Mana kereta buat hal n berhari-hari masuk klinik =( dah tu nak uruskan persekolahan anak-anak lagi.  Mana anak demam lagi.  Ada sekali tu Aima bawak ke empat-empatnya sekali pi klinik sebab demam, muntah, cirit birit, batuk, selsema dan sakit tekak, pakej la pulak kan, eheheeee...Sampai Aima pun terjangkit sama.  Nasib baiklah Aima ne kuat semangat sikit, cewahhh, ahahahaaa...
Dan Syukur Alhamdulillah juga Aima panjatkan kepada Allah SWT kerana ketiga-tiga anak Aima yang bersekolah lulus dalam peperiksaan dan akan naik class tahun hadapan.  Kakak lulus dengan mendapat Grade B di Sekolah Menengah dengan lulus semua subject, Alhamdulillah. 

Manakala abang pulak menjadi pelajar cemerlang dalam peperiksaan Darjah Pra Sekolah Ugama dengan mendapat tempat ke3 dengan markah peratus 99%.  Sementara di Sekolah Rendah pulak abang juga menjadi top student dengan mendapat semua markah A, Alhamdulillah.

Sementara Abang Beh pulak lulus Darjah 1 dan mendapat markah di luar jangkaan Aima sebab sebagai seorang ibu Aima tahu kekurangan anak Aima yang sorang ini, Syukur Alhamdulillah Ya Allah.  Dan mulai tahun 2014 Abang Beh akan memulakan persekolahan Ugama bagi darjah Pra =)

Ini bermakna mulai tahun hadapan cuma adik sorang je tinggal kat rumah dari pagi hingga petang, boleh lah adik menguasai rumah sorang-sorang, ahahaaa...

Sungguh tak terasa kan perjalanan hidup ini, cepat sangat masa meninggalkan kite.  Bila melihat anak-anak dan besar panjang rasa macam tak percaya n bagaikan mimpi di siang hari ~,~.. kekadang rasa macam baru je meninggalkan zaman bujang, rasa macam baru je hidup berdua ngan Mr Hubby.  Bagaikan baru semalam mengasuh anak-anak yang masih kecil, tup-tup sekarang tengok semua dan besar.

Kakak dah 12 tahun, Abang 8 tahun, Abang Beh 7 tahun n Adik dah pun 1+ tahun, cepatnya putaran dunia.  Dan paling terasa adalah terasa diri ini semakin TUAAAAAAA, uhuhuuuu.... Rindunya pada zaman anak dara dulu, rindu ngan keriangan anak-anak ribena yang tak pernah nak fikrikan masalah hidup, uhuuu...

Tapi takpe, masa lalu mana dapat di ulang kembali, ye tak?  Yang penting kena fikrikan tuk masa hadapan.  Dan sebenarnya pengalaman hidup banyak mendewasakan dan mematangkan diri Aima.  Semoga kebahagiaan dunia akhirat menjadi milik kite semua, aminnnn...
Bila di imbas kembali perjalanan hidup Aima ne, terasa gak diri bertuah (perasannyeeeee, ahahaaa...) Alhamdulillah banyak angan-angan Aima menjadi kenyataan.  Dari hidup bujang, menjalani lak hidup berdua ngan Mr Hubby (mmwahhhhh...) walau banyak dugaan, halangan dan rintangan yang diharungi, Alhamdulillah jodoh kami panjang hingga masuk tahun ke 13 (tinggal 2+ bulan je lagi nak masuk tahun ke 14) 
 
Kemudian kami di kurniakan seorang puteri yang sangat comel yang menjadi penyeri dalam kehidupan kami berdua.  Di saat kakak berusia 1+ tahun kami dah hidup berdikari sendiri dengan tinggal di rumah yang disediakan Syarikat tempat Aima keje.  Sejak tinggal sendiri boleh dikatakan segala pahit manis kehidupan kami tempohi bersama dan ianya satu pengalaman yang tak mungkin dapat di lupakan sampai bila-bila.  Bermula dengan keadaan rumah yang tak banyak barang, perabot dan perkakas rumah, Aima n Mr Hubby mula berdikit-dikit membeli perkakas rumah dan perabot hingga boleh di katakan semuanya lengkap, Alhamdulillah.

Kami tinggal di rumah tersebut dari sorang anak hingga mendapat 3 anak, banyak betul kenangan manis di rumah tersebut.  Dari cuma sebuah kereta pada mulanya yang di punyai Mr Hubby, kemudiannya kami mempunyai 2 buah kereta lagi tuk Aima gunakan pi keje n bawak anak-anak.  Dari tak punya bibik yang mana anak-anak terpaksa di hantar ke rumah family Aima setiap hari dan petang di ambil balik hingga mendapat pembantu sendiri tuk jaga anak-anak, Alhamdulillah..

Setelah hampir 6 tahun tinggal di rumah tersebut akhirnya kami berpindah ke sebuah rumah teres 2 tingkat yang di sediakan oleh Pihak Kerajaan untuk anggota beruniform seperti Mr Hubby, walau sesayang mana pun kami kat rumah tersebut tapi terpaksa jugak meninggalkan rumah yang banyak kenangan tersebut.  Rumah teres ini memang dekat sangat dengan rumah keluarga Aima, dekat ngan tempat keje Aima serta dekat ngan sekolah anak-anak.  Suami pun senang hati f nak tinggalkan kami anak beranak jika keje malam.
Setelah 2 tahun lebih tinggal di rumah teres, akhirnya kami mempunyai rumah sendiri, hak milik sendiri (seperti yang Aima share dalam n3 lepas) menggunakan duit sendiri hasil jerih payah dan titik peluh Mr Hubby keje dan duit simpanan yang di simpan sedikit demi sedikit sejak mula berangan hendak membina rumah sendiri dan akhirnya di saat umur baru menginjak 33 tahun bagi Mr Hubby n Aima baru nak masuk 32 tahun maka berdirilah sebuah rumah tuk kami sekeluarga, Syukran Ya Allah..  Dan di rumah ini lahirlah lagi seorang permata kami iaitu Adik, yang mana kelahirannya memang membawa kenangan yang sangat indah dalam hidup kami sekeluarga, terima kasih Ya Allah.

Aima bersyukur sangat ngan rezeki kurniaan Allah SWT kepada Aima sekeluarga, Syukur Alhamdulillah.  Dan Aima berdoa semoga kebahagiaan ini akan kekal hingga ke nafas kami yang terakhir.  Memang takde kehidupan yang selalu indah n mulus, tentu banyak onak duri yang terpaksa kita lalui, Aima dah lalui semua tu, dah banyak dugaan yang Aima hadapi, itulah yang dinamakan Pahit Manis Kehidupan (seperti nama blog Aima ne), eheheee....  
Dan Aima pun nak ucapkan berjutaan terima kasih kat Mr Hubby kerana menerima diri ini seadanya, Aima sedar terlalu banyak kekurangan dalam diri ini, terima kasih suami ku, sama-samalah kita berdoa agar rumahtangga kite berkekalan hingga ke nafas yang terakhir dan terima kasih kerana telah menyayangi diri ini dan anak-anak dengan sepenuh jiwa, dan terima kaasih atas segala pengorbanan selama ini, uhuhuuu...we love u so much *hug*

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com