Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti
itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian
dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih
perhatian.
Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1. Memberi nafkah.
Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru
menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada
ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan
ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
2. Menyediakan tempat tinggal.
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling
baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin
keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
3. Memberi kasih sayang.
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak
yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak
soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan
dicucuri rahmat.
Firman
Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku
ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).
4. Memberi perhatian.
Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan
amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai
serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang
membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu
bapa sendiri.
Banyak
ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan
orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga
ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa
orang anak.
5. Memenuhi permintaan.
Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi
permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.
Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding
melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
Malah
keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan
perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya
telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh
Allah?
Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian
apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu
bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan
Allah.
6. Melakukan apa yang disukai.
Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak
derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya.
Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak
terlepas di akhirat.
Sabda
Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia
ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam
hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan
ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari
kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka
sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa
hidupnya sebelum mati.
7. Bercakap dengan lemah lembut.
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman
Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak
menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua
orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya
telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap
mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah
dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya,
anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau
bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri
daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa.
Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan
keadaan sebenar.
8. Menghadiahkan kejayaan.
Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.
Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.
Jadi,
jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan,
dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu
bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan
itu.
9. Meluangkan masa bersama-sama.
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda
Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka
terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah
jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan
diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan
kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan
dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak
mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti
sepanjang hayatnya.
Gunakan
kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik
mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin
suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum
terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
No comments:
Post a Comment