~ Doa wanita - Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasullullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
~ Pahala Wanita bersalin -Apabila seseorang perempuan mula sakit
hendak bersalin, maka Allah catatkan baginya pahala orang yang berjihad
pada jalan Allah.
~ Kelebihan melahirkan anak.- Apabila seseorang perempuan melahirkan
anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
~ Kelebihan menyusukan anak. -Apabila telah lahir anak lalu disusui,
maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
~ Pahala memelihara anak. -Apabila semalaman ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
~ Menggembirakan perempuan.-Barang siapa yang menggembirakan seorang
perempuan maka darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka
ke atas tubuhnya.
~ Keistimewaan anak perempuan.-Barang siapa membawa hadiah, (barang
makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka
pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah kita mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan,
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
~ Ganjaran Wanita Solehah.-Perempuan apabila sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan
suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang
dikehendakinya.
~ Hak suami dan ibu. -Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada
Rasullullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
Rasullullah, “suaminya.” “siapa pula berhak terhadap lelaki?” jawab
Rasullullah “ibunya.”
~ Keutamaan terhadap ibu.-Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
~ Kelebihan mentaati suami.-Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan
di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga
sembahyang dan puasanya.
~ Ganjaran mentaati suami.-Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dikehendakinya dengan tidak dihisab.
~ Keistimewaan seorang ibu.-Syurga di bawah tapak kaki ibu.
~ Ganjaran memelihara anak.-Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersam aku (Nabi SAW) di dalam syurga.
~ Ihsan terhadap perempuan.-Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, syurga
ialah tempatnya.
~ Penghalang Api Neraka.-Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anakanak perempuannya, lalu berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
~ Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan
kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu dan apabila hari
pertama haidnya membaca “Alhamdulillah ‘alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah.” Segala puji
bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari
segala dosa.” Maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan
mudah melalui siratulmustakim yang aman dari seksa, bahkan Allah SWT
mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid,
apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.
~ Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
~ Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
~ Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
haji.
~ Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
~ Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
~ Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan hamba.
~ Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila
dihiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Sesungguhnya ibu adalah seorang wira yang tidak diundang, namun
keikhlasan mereka menatang serta mencorakkan anak tiada gunung dan tiada
lautan untuk dijadikan bandingan.
No comments:
Post a Comment