Assalamualaikum. Salam Sabtu olz. Semoga semuanya ceria n hepi dan selamat berhujung minggu. Semalam (nak sebut semalam ke tadi malam ek =,=) Aima terjaga tengah malam sebab Adik nangis mintak susu. Lepas buat susu, terasa susah sangat nak pejam mata, bermacam-macam hal bermain di fikiran. Teringat dengan dugaan dan masalah yang kekadang boleh membuatkan diri ini menangis seorang diri. Seboleh-bolehnya tak nak susahkan sesape selagi dapat di ikhtiarkan sendiri, Insya Allah.
Ya Allah tabahkan lah hati ku ini, berikan aku kekuatan dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini, berilah aku kesabaran yang tiada batasnya. Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati ku. Hanya pada Mu ku mengadu dan hanya pada Mu ku berserah. Ampunilah dosa-dosa ku Ya Allah, ampuni dosa-dosa yang telah aku lakukan tanpa ku sedari, berilah diri ku, suami ku, anak-anak ku dan seluruh keluarga ku kebahagiaan dunia dan akhirat, Aminn...
Dan semalam semasa menatap wajah suci Adik yang nyenyak tidur,perasaan bercampur baur dalam hati ini. Rasa tak percaya pun ada. Rasa macam baru je semalam melalui zaman muda, rasa macam baru semalam menggalas beg dan buku sekolah, alahaiii cepatnya masa berlalu.
Tersentuh rasa hati melihat wajah polos Adik. Bila teringatkan Aima selalu marah jika Adik nakal, rasa bersalah pulak, uhuhuuu... Anak Aima sorang ne memang lasak orangnya, umur baru setahun lebih dah berparut kat muka n tangan, adoiii...Lasak mengalahkan kakak n abang-abang dia.
Dan tetiba teringat kat mak Aima sendiri, dalam umur yang lanjut macam ne macam-macam dugaan yang harus mama lalui. Baru rasa nak berehat dah berbagai-bagai masalah yang harus dihadapi. kesian mama. Aima doakan semoga mama kekal sihat dan bersabar lah mengharungi apa jua dugaan yang mendatang. Semoga mama bahagia ngan bapa buat selama-lamanya, Amin Ya Rabbalalamin...
Aima sayang mama selama-lamanya, sayang yang tak dapat nak di ungkapkan dengan kata-kata..I love u mom ~.~
No comments:
Post a Comment